Thursday, 17 September 2015

Tips Rahsia Meransang Perkembangan Otak Anak-anak Berusia 3-6 Tahun

Usia 3-6 tahun adalah usia di mana anak anak kita sedang membesar dengan pelbagai ragam. Korang perasan tak, anak anak ni kadang kadang kita tengok diorang asyik melihat sesuatu....tetapi sebenarnya bukan lihat je tu...tapi diorang tengah serap semua yang dilihat didengar dan diperhatikan di sekeliling.
Ada suatu ketika...kita dapat lihat anak anak mengeluarkan ayat atau pun melakukan sesuatu yang kita tak pernah ajar pun. Hmmmm...so kena hati hati lah ye tiap kali mengeluarkan kata kata. Hihihi

Korang tau tak....pada usia 3 tahun, binaan otak si kecil menjadi lengkap. Kesihatan fizikal, intelek dan emosi menjadi sangat kritikal dalam usia 3 tahun pertama.
Banyak cara yang boleh korang lakukan untuk meransang perkembangan otak kiri dan kanan si manja.



#1.
Luangkan masa beberapa ketika setiap hari untuk berbual bual dengan anak. Korang boleh bersoal jawab dengan dia atau bertanya aktiviti harian yang dia lakukan. Ini untuk perkembangan tatabahasa. Saya selalunya akan amik peluang berbual bual dengan anak anak waktu dalam kereta...waktu nak anta diorang ke sekolah dan waktu pulang dari sekolah. Jarak 20km tu...macam macam jugaklah cerita yang keluar dari mulut diorang.
Kadang kadang tergelak kecil bila dengar si kakak silap penggunaan perkataan. Si abang pulak tolong betulkan. Yang adik pun sibuk nak bercerita dalam bahasa pelatnya. Kihkihkih

#2.
Membaca bersama akan menggalakkan kekuatan otak. Kajian menunjukkan anak yang diperkenalkan dengan buku pada awasl usianya akan menajamkan penguasaan bahasa dan menambah pengetahuan. Korang boleh pilih buku matematik mudah, buku abjad dan buku buku lain yang sesuai dengan anak. Jika anak pertama, korang mungkin perlu lebih masa untuk ajar dia membuat latihan tersebut. Tapi bila dah masuk anak kedua dan seterusnya, korang dah ada pembantu.
Itulah yang saya lakukan. Bila anak dah 3 orang ni, abang akan tolong ajar adik adik menulis. Mama tengok kejap kejap je.

#3.
Belilah permainan yang boleh merangsang imaginasi anak anak.
Korang pernah tengok tak anak anak bermain sambil bercakap sendiri atau seolah olah berlakon dengan adik adik yang lain??
Anak saya kadang kadang tengah duk main tu, dia akan cakap, "Mama, kakak nak masak kuih macam mama," sambil main dengan permainan masak masak tu.
pastu dengar pulak diorang main sekolah sekolah. Abang jadi cikgu, kakak jadi murid.
Semua karekter ni ada di sekeliling diorang. Diorang tiru balik je kan.

#4.
Daftarkan anak anak dengan kelas di luar bilik darjah seperti kelas seni mempertahankan diri atau kelas renang. Ini boleh menajamkan skil motor kasar, menggalakkan mereka bergaul dan mempelajari kemahiran tersebut.

#5.
Pelbagaikan bentuk ransangan otak dengan menggunakan pelbagai medium seperti rancangan tv dan video. Sekarang banyak rancangan interaktif di tv...yang dijual di kedai dalam bentuk vcd pun banyak. Kalau takde jugak, mama kenalah duduk sebelah anak dan terangkan apa yang diorang tonton tu.

#6.
Korang janganlah paksa anak menulis dan membaca je sepanjang hari. Kalau kita yang tua ni pun rasa stress kan...budak budak apatah lagi. Boleh hilang fokus tau...

#7.
Bila korang nak bagi nasihat kat anak anak, cuba bagitau kesan dan akibat supaya anak anak boleh belajar berfikir sebelum bertindak.

#8.
Bawalah anak anak melawat tempat tempat seperti zoo, muzium atau taman tema supaya mereka mendapat pengalaman baru. Ini juga boleh meransang penerokaan sel sel otak.

#9.
Tidur yang cukup adalah sangat penting. Pada usia ini, pastikan anak anak tidur antara 10 hingga 12 jam sehari. termasuk tidur waktu siang. Ini akan menyediakan badan yang sihat dan cukup rehat serta otak untuk berkembang pesat.

#10.
Sekali sekala lepas anak anak korang untuk bebas bermain permainan yang mereka sukai. Libatkan diri korang dan jangan terlalu banyak kawalan dan peraturan. Beri galakan untuk anak anak menjadi kreatif dan bekerjasama dalam satu kumpula.

#11.
Jangan lupa berikan anak anak sarapan berkhasiat untuk setiap pagi. Korang juga mesti pastikan anak anak minum sekurang kurangnya 500ml hingga 1 liter air setiap hari (2 tahun ke atas)

#12.
Pemakana juga memainkan peranan penting. Makanan yang kaya antioksidan seperti vitamin A, B6, B12, C dan E amat penting untuk membantu mereka menambah kapasiti ingatan dan menajamkan koordinasi pergerakan motor.
Tidak lupa juga zat besi yang memberikan kekuatan penumpuan dan omega 3 yang penting untuk mengoptimumkan fungsi otak

****************************************************************************
Omega Guard dan Vita-Lea for Children dari Shaklee

vitamin anak pintar
Omega Guard ini merupakan minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA untuk membantu perkembangan otak anak anak.

Vita-lea for Children adalah multivitamin dan multimineral untuk kanak kanak. Mengandungi vitamin A hingga E, mengadungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak anak, kalsium dan pelbagai lagi. Kalau anak korang susah nak makan sayur, boleh la bagi vita-lea ni...

Boleh hubungi saya;
Waahida Zulkipli
013-6065090
SID Selama, Perak

Tuesday, 15 September 2015

Masalah Yang Dihadapi Oleh Wanita Hamil Pada Trimester Ketiga

Dah masuk trimester ketiga kann....makin teruja lerrr nak sambut baby...
Teringat pulak waktu saya pragnent dulu...anak pertama memang tak sabar rasanya nak suruh baby kuar.
Bila dah masuk anak kedua dan ketiga...waktu trimester ketiga ni dah rasa berdebar debar dan takut..
Maklumlah dah ada pengalaman kannn...hihihi...
Duk terbayang bayang situasi kat sepital tu....aduhaaaiiiiiiii
Sekarang anak ketiga saya dah berumur 2 tahun 4 bulan....memang sangat rindu nak menimang baby lagi...tapi tunggu dulu lah...tunggu anak besar sikit je lagi.....

Anak ketiga saya sangat la lasak. Bila fikirkan kalo preggy...masuk trimester ketiga camne la...
Mungkin Allah pun belum nak bagi rezeki lagi. Dia akan bagi kalau kita dah betul betul mampu walaupun kita rasa kita tak mampu.

Bila imbas balik...kalau masuk trimester ketiga...macam macam yang kita akan rasa...
Perubahan diri...perut yang makin membesar dan banyak lagi....

Tapi ada jugak orang yang Allah bagi keistimewaan untuk tak rasa apa apa masalah pun kan...
Lain orang...lain la pengalamannya....
Jom tengok ketidakselesaan ataupun masalah yang biasa dihadapi mama hamil pada trimester ketiga...



#1. Keletihan otot perut dan kegatalan kulit

Hmmmm...biasanya kalau kita duduk lama...rasa lenguh kat perut kan....nanti nak kena bangun kejap takpun baring je hahahah..
Kulit perut pun makin tegang...bila dah tegang kita akan rasa gatal. Jangan garu tau. Nanti luka dan tinggal parut. Biasanya saya akan gosok dan letak kain lembap dan lap sikit sikit. Alhamdulillah kulit perut saya takde merekah pun. Dari trimester pertama lagi saya dah sapu minyak. Sampailah nak bersalin tu.

#2. Sakit Belakang

Yang ni normal la kot. Sebabnya perut kita menampung berat yang lebih. Kalau nak duduk...mesti duduk kat atas kerusi dan bersandar ye. Kasut pun...mesti pakai kasut yang tapaknya rata tu.

#3. Panas

Yang ni memang tak dapat nak tahan. Orang lain rileks je...kita yang mengandung ni siap dah basah lenjun baju. Tidur siang malam nak kena aircond je. Kenapa? Sebab badan kita ni macam bekerja lebih untuk menampung berat baby.

#4. Susah Nak Tidur

Dah masuk trimester ketiga ni....memang susah nak tidur la. Kita akan rasa sangat penat. Pastu tengah tengah malam 3-4 kali akan terjaga untuk kencing.

#5. Bengkak kaki

Jangan terkejut bila kaki mula membengkak. Kandungan air dalam badan kita makin bertambah. Masalah ini berpunca daripada jumlah cecair iaitu air, darah dan air ketuban yang ada dalam badan. Petuanya, waktu tidur, kaki hendaklah diluruskan atau ditinggikan sedikit. Jangan silangkan kaki.

#6. Bengkak Gusi

Perubahahan hormon boleh menyebabkan gusi bengkak. Bila kita gosok gigi, gusi kita akan berdarah. Gunalah berus gigi yang lembut.

Sekadar berkongsi dengan korang. Kadang kadang lain orang lain pengalamannya. Ada yang tidak merasainya...ada yang lagi banyak dilaluinya...
Tak kisahlah kan...asalkan kita tahu jaga diri dan baby dalam kandungan.

Kalo korang nak oder vitamin untuk ibu hamil..boleh kontek saya ye.
Vitamin untuk hilang lenguh2...untuk kesihatan mama dan baby pun ada.


Hubungi saya;
Waahida Zulkipli
013-6065090

Sunday, 13 September 2015

Bersedekahlah Kerana Sedekah Itu Sangat Ajaib

"Apa aku akan dapat? Aku pun susah jugak, takde siapa pun nak tolong...".
Inilah kata hati kita kan...kan...kan.
Nak buat baik tetapi masih berkira kira. Semoga kita bukan lagi dalam golongan ini. Aminnn....


Selalunya kat sekolah diajar 1-1= 0.
Tapi saya nak kongsi bagaimana 1-1 = 10.
Jom baca dulu janji Allah:
"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat 10 kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizallimi)"
(Surah Al-An'am 6:160)

1-1 = 10 ibaratnya korang ada RM1. Korang sedekahkan RM1 tu pada anak yatim atau orang miskin. Sememangnya baki duit korang dah takde kan..
YAKINlah dengan janji Allah tadi. Allah akan membalasnya 10 kali ganda.
Sapa tahu mungkin korang akan dapat bonus pada bulan itu. Ataupun tetiba je ada orang nak beli barang yang korang jual. Janji Allah itu pasti.
Sedekah itu sangat ajaib jika dilakukan dengan ikhlas dan tidak mengungkit-ngungkit.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Pada setiap pagi dua malaikat akan turun mendatangi setiap orang hamba (manusia). Satu daripada keduanya berdoa, "Ya Allah berikanlah kepada orang yang membelanjakan hartanya itu gantinya". Manakala yang satu lagi berdoa, "Ya Allah, berikanlah kepada orang yang menahan hartanya (tidak dibelanjakan pada jalan kebaikan) kebinasaan.""
(Myttafaq alaih)

Banyak lagi kisah-kisah sahih berkaitan ajaibnya sedekah.

Rasulullah SAW akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar Al-Ghifari, Bilal dan Abu Dhamdham.
Kerana terlalu ingin tahu, Abu Dzar pernah bertanya, "Wahai Nabi Allah, engkau selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?"
Rasulullah SAW menjawab dengan satu kalimat yang diulang tiga kali berturut turut:
"SEDEKAH ITU SESUATU YANG AJAIB"

*******************************************************************************

Ada syarat jugak bila nak bersedekah ni untuk memastikan  ianya benar-benar ikhlas kerana Allah.

#1.
Bila bersedekah korang janganlah menunjuk nunjuk pulak. Kononnya nak dapat pujian kawan kawan. Seeloknya, jangan bagi orang tahu. Contohnya nak gi ziarah orang sakit dengan kawan sepejabat. Biasanya kita letak duit dalam sampul duit raya tu kan. Letak siap siap kat rumah atau sorok la sikit jumlahnya dari pengetahuan kawan kawan. Kalau kita bagi banyak, takdelah orang cakap kita menunjuk. Kalau bagi sikit takdelah orang cakap kita kedekut. Secara tak langsung boleh elak daripada umpatan orang dan biar Allah aje yang nampak.

Firman Allah:
"Kalau kamu zahirkan sedekah sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan". 
(Al-Baqarah 2:271)

*******************************************************************************

#2.
Elakkan daripada menyebut dan mengungkit-ngungkit kerana ia boleh membatalkan pahala sedekah yang diberikan.

Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan) yang menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk nunjuk kepada manusia (riyak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang orang yang kafir dan riyak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir".
(Al- Baqarah 2:264)

*******************************************************************************

Semoga kita tidak sayang atau dengan kata kasarnya kedekut dengan apa yang kita ada. Dalam rezeki yang kita dapat sebenarnya ada bahagian untuk orang lain.
Bersedekahlah kerana sedekah itu sangat ajaib.


Saturday, 12 September 2015

Kepentingan Isoleucine Yang Tidak Dapat Dihasilkan Oleh Badan Kita

Korang tau tak apa itu ISOLEUCINE?
Mari kita berkenalan dengan isoleucine. Apakebenda tu? Huhuhu...
Isoleucine merupakan asid amino yang terkenal dan penting tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.
Fungsi utamanya dalam badan ialah untuk meningkatkan tenaga dan membantu tubuh kita dalam membaikpulih aktiviti fizikal yang berat.

Hmmm...macam penting jeee...
Memang penting pun.
Isoleucine adalah asid amino rantai bercabang. Ada 3 rantai bercabang asid amino dalam tubuh kita. Nama2 mereka ialah isoleucine, valine dan leucine. Kesemuanya membantu menggalakkan pemulihan otot selepas senaman.

Antara kepentingan isoleucine termasuk mengawal paras gula dalam darah di dalam badan, dan menghasilkan hemoglobin. Asid amino bertanggungjawab untuk pemulihan otot selepas senaman, dan adalah penting dalam metabolisme untuk menghasilkan tenaga.
Isoleucine sebenarnya dipecahkan kepada tenaga dalam tisu otot. Ia membolehkan tahap tenaga menjadi stabil dengan cara membantu mengawal gula dalam darah kita.

Ia juga penting untuk pengeluaran dan penyelenggaraan protein badan dan terlibat dalam pembentukan darah beku. Isoleucine adalah perlu untuk keseimbangan nitrogen di kalangan orang dewasa, dan untuk pertumbuhan normal yang sihat pada bayi.

Korang tau tak, kalau badan kita seharian melakukan kerja, dalam masa yang sama badan kita kekurangan isoleucine, maka mudahlah untuk kita dapat sakit kepala, pening, cepat letih dan kemurungan. Pernah terjadi tak masalah2 ini bila korang balik kerja??

Sebenarnya kalo nak tau, isoleucine ni sangat penting untuk badan kita. Tapi ia tak dapat dihasilkan dalam badan tau. Dah tu macam mana nak supply isoleucine ni dalam badan???

Korang mesti dapatkannya melalui sumber-sumber pemakanan. Sumber isoleucine yang baik adalah makanan yang tinggi protein seperti kacang, daging, telur, ikan dan juga protein kacang soya. Iyeee...protein kacang soya dan pastikan kacang soya yang dipilih adalah kacang soya yang terbaik.

Sebenarnya banyak makanan tambahan di pasaran yang mengandungi isoleucine. Cuma korang kena pandai pilihlah.



ESP Shaklee merupakan sumber protein yang kaya dengan asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita termasuklah isoleucine.
Kacang soya yang digunakannya juga mempunyai kualiti yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan Shaklee hanya mengandungi non-GMO yang mana ianya diproses pada kadar suhu yang rendah.

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol dan mudah diserap oleh tubuh manusia.

Pilihlah sumber protein yang terbaik.

Hubungi saya ;
Waahida Zulkipli
013-6065090
SID 971611







Friday, 11 September 2015

Awas!!! Bahaya Kecelaruan Emosi Ketika Hamil.

Pernahkan korang alami kecelaruan emosi waktu hamil???



Hmmm...saya pun dah lupa saya pernah alami atau tak. Yang saya ingat waktu dalam pantang anak pertama dulu saya stress sikit. Sebabnya memikirkan bila dah masuk kerja nanti saya akan berjauhan lagi dengan Mr.Hubby. Mula dari awal kawen hinggalah nak bersalin anak pertama kami berjauhan. Jumpa weekend je dan waktu cuti sekolah.
Tapi stress tu tak lama. 2 minggu dalam pantang, permohonan rayuan pertukaran saya diterima.
Waktu stress tu...kadang2 terjaga tgh2 malam boleh nangis. Rasa nak marah tu datang tiba2. Nasib baik tak lama.

Itu cerita saya. tapi apa yang nak saya kongsikan di sini ialah tentang bahaya kecelaruan emosi ketika hamil.

# Kesan Kecelaruan Emosi Semasa Hamil

Sebenarnya kecelaruan emosi waktu hamil ni perkara biasa. Boleh dikatakan majoriti mengalaminya. Tapi kalo dah teruk sangat sampai tak tertanggung, itu yang jadi masalah.

Kalo dah tak terkawal tu, bimbang akan berlarutan sampai dalam pantang. Dalam pantang kita biasa sebut "meroyan". Haaa...inilah sebenarnya penyakit meroyan tu.

Kecelaruan emosi ketika hamil ni kalo tak dibendung, membuatkan ibu mengalami masalah "serangan panik". Contohnya, tiba-tiba je mengadu tidak boleh bernafas la, jantung berdegup laju, rasa nak pitam, tapak tangan berpeluh atau rasa seperti nak mati. Walaupun dah diterangkan oleh doktor yang mereka ini takde apa2 masalah, mereka tetap risau dan bimbang. Dasyatttt kannnn.....

Tapi sebenarnya perasaan panik tu akan hilang apabila ditenangkan. Di sinilah peranan encik suami sangat penting dan diperlukan. Ayah-ayah, papa-papa semua perlu sentiasa ambil kisah tentang perasaan mama. Kalo boleh elakkan bagi mama-mama ni sedih, kecik hati dan susah hati.

# Kesan Kecelaruan Emosi Terhadap Kehamilan

Kecelaruan emosi kalu tak dirawat dengan sempurna boleh menjejaskan kehamilan kerana meningkatkan kelahiran pramatang. Bayi pramatang ni banyak prosedur penjagaannya kerana bayi terdedah kepada masalah seperti masalah pernafasan, mata, jantung dan ginjal.

Jika bayi dilahirkan normal oleh ibu yang mengalami kecelaruan emosi, biasanya tidak mengalami apa2 masalah.

Cuma dalam banyak kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengalami kecelaruan emosi ini selalunya akan meninggikan risiko untuk bayinya mendapat masalah yang sama apabila dewasa nanti.

# Nasihat Buat Wanita Hamil

Kalau boleh kita buangkanlah perasaan negatif. Memanglah...kadang2 tu tak leh nak elak. Ramai antara kita yang bekerja. Nak fikir pasal kerja lagi...keluarga...anak-anak dalam masa yang sama baby dalam perut.

Kita orang Islam ada solat, zikir, doa dan al-Quran. Banyak kajian menunjukkan orang yang mempunyai hubungan spiritual yang baik selalunya akan lebih tenang apabila menghadapi masalah dalam kehidupan.

Banyakkanlah berdoa untuk keselamatan sepanjang kehamilan dan berdoalah agar baby yang dilahirkan nanti adalah anak yang sihat, sempurna dan menjadi anak yang soleh.

# Nasihat Buat Suami

Suami perlu faham waktu hamil isteri mengalami banyak kekurangan dalam melakukan tugas. Suami juga perlu faham, proses kehamilan ini biasa dihadapi oleh semua pasangan.
Bersyukurlah kerana Allah SWT tidak memilih suami untuk hamil, sebaliknya Allah memilih kami, isteri untuk memikul tanggungjawab mengandungkan anak dalam rahim.

Bersabarlah sebab isteri sedang hamilkan anak awak, yang akan mendoakan kalian apabila kalian meninggal dunia nanti.

Suami perlu ada perasaan gembira, sabar dan menghargai pengorbanan isteri, barulah isteri dapat merasa kehamilan itu suatu yang disokong oleh suami.

Lakukan tugasan rumah bersama2 isteri. Sama juga dengan persiapan menyambut kelahiran anak seperti membeli barang2 untuk bayi, buatlah bersama2 isteri. Seronokkan hidup berumahtangga begini...rasa mempunyai dan dipunyai.




Thursday, 10 September 2015

Kelebihan ESP Shaklee Kacang Soya non-GMO

Korang Tau Tak...Shaklee hanya menggunakan Kacang soya non-GMO sahaja untuk menghasilkan Energizing Soy Protein atau nama glemernya ESP.

Dulu-dulu orang cakap bagus minum soya kan. So, berpusu-pusulah manusia termasuk saya beli soya yang dah siap tu kat supermarket. Mana kita nak tilik non-GMO atau tidak.

Tapi sekarang bila dah tau, memang tak beli dah yang kat kedai tu. Minum ESP ni je. Bukan demand tapi ilmu tu penting.

non-GMO (non-genetically modified organism) maksudnya tidak diubah secara genetik. Nak mudah faham ianya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, drp benih sehinggalah pengeluarannya.

Antara kelebihan ESP Shaklee adalah :
  • setiap 1 tin (850g) dihasilkan oleh 30kg kacang soya non-GMO dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
  • ia mengandungi 9  asid amino penting yang setiap satunya menghasilkan jenis protein yang berlainan. Asid amino ini dipanggil asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.
  • ia kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • kandungan indeks glisemik (G.I) juga rendah iaitu 39 menjadikannya sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.
  • rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Kacang soya memang baik untuk penjagaan kesihatan. Tetapi bijak memilih sumber makanan berasaskan soya itu penting. Pastikan soya yang dipilih adalah non-GMO kerana ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Itulah kelebihan ESP Shaklee, makanan tambahan protein berasaskan kacang soya non-GMO.

Dapatkannya sekarang kerana promosi September 2015 sedang berlangsung.

Hubungi saya;
Waahida Zulkipli
SID Selama
013-6065090

Wednesday, 9 September 2015

Pentingnya Niat Jika Ingin Berjaya

Sabda Rasulullah SAW : "Segala amal itu tergantung niatnya dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maknanya setiap amalan yang ingin kita lakukan perlulah disertakan dengan niat. Pentingnya niat itu untuk elakkan amalan kita menjadi sia-sia.

Didiklah diri kita serta anak-anak kita supaya sentiasa pasang niat kerana Allah dalam memulakan sesuatu perkara. Jom kita lihat pentingnya niat jika ingin berjaya

#1. Niat memberikan kita hala tuju

Kebiasaannya apabila kita bangun dari tidur, kita akan melakukan perkara rutin. Selepas solat Subuh, kita akan bersiap-siap untuk ke tempat kerja ataupun sekolah. Pasanglah niat dan berdoa kepada Allah agar perjalanan serta urusan hari itu akan berjalan dengan baik. Apabila dah pasang niat, kita akan nampak hala tuju kita pada hari tersebut. Hala tuju dah nampak, InsyaAllah kita akan berjaya dengan urusan sepanjang hari.

#2. Niat menguatkan azam dan motivasi

Apabila kita mulakan hari dengan niat, kita akan berazam untuk melakukan yang terbaik pada hari itu. Maka usaha, fokus, tenaga akan ditingkatkan dan kerja juga dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Firman Allah :"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda)dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: 'Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?' Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)".
(Al-Baqarah 2:214)

Walau apapun yang datng, kita terima saja dengan tenang. Kita perlu ingat tiada satupun masalah dalam dunia ini yang tiada penyelesaiannya. Cuma mungkin kadang-kadang masanya sahaja belum tiba.

#3. Niat membuatkan kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan

Orang yang telah berniat untuk cemerlang tidak pernah ragu-ragu akan hasil yang akan diperolehinya dan tidak pernah berputus asa daripada mengharap rahmat Allah. Mereka biasanya telah bersdia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Mereka juga percaya jalan menuju ke satu destinasi itu ada pelbagai. Jika cara pertama tidak menjadi, dia akan terus ubah perjanannya tanpa rasa terbeban. 

#4. Niat menjadikan sesuatu pekerjaan itu satu ibadah

Bagaimana mungkin sesuatu pekerjaan itu menjadi ibadah jika diniatkan selain Allah. Dengan adanya niat yang baik kerana Allah, maka pekerjaan dikira sebagai ibadah. Ia akan menjadi kebajikan dan penuh keberkatan. Yang payah menjadi mudah. Yang jauh menjadi dekat.


Adakah kita selalu memasang niat???
Mulakanlah pelajaran, pekerjaan,urusan jual beli dan apa sahaja urusan dengan niat yang baik, menepati syarak, atas jalan yang diredhai Allah.
InsyaAllah kita akan berjaya.

(Sumber: Anis bil 210)


Promosi ESP Shaklee September 2015

Produk yang paling ohsem ...yg paling disayangi...dikasihi....dicintai....
Promosi ESP Shaklee September 2015 memang ditunggu ramai. September 2015 ibarat hadiah untuk semua peminat ESP.
Kenapa ESP ni menjadi pujaan hati semua termasuk saya?

Jawapannya:
- kulit muka rasa lain...ala2 cantik gitu hihihihihi
- susu badan juga jadi pekat dan lazat untuk anak saya
- kalau amik di awal pagi....ianya pengganti sarapan saya....
- ianya dibuat daripada soya yang mempunyai kualiti protein yang tinggi...
- 1 hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.
- ESP Shaklee juga rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Hubungi saya untuk dapatkan ESP dengan konsultasi dijamin terbaik
Waahida Zulkipli
013-6065090



Tuesday, 8 September 2015

Fadilat dan Keagungan Kalimah Tasbih Subhanallah




"Subahanallah"
Maksudnya: Maha Suci Allah
Zikir ini membawa maksud menyucikan Allah dari segala sifat kekurangan dan dari segala sifat makhluk. Kalimah ini mengandungi satu pengakuan bahawa Allah adalah zat yang Maha Sempurna jauh dan bersih dari sifat kekurangan.

Antara fadilat yang terkandung dalam kalimah tasbih ini ialah:

 #1. Ucapan yang paling disukai Allah


#2. Menghapuskan dosa-dosa kecil

Sebagaimana tersebut di dalam hadia : "Sabda Rasulullah SAW: ' Barang siapa membaca subhanallah dalam sehari 100 kali, maka dilenyapkan dosa-dosanya walau dosa itu sebanyak buih di lautan'"  (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

#3. Memberatkan neraca timbangan
Nabi  SAW bersabda: "Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas timbangan dan disukai oleh Allah yang Maha Pengasih ialah 
Maksudnya : Maha Suci Allah dan bagiNya segala pujian
                      Maha Suci Allah Yang Maha Agung"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

#4. Mendapat Kenikmatan Syurga

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis: " Barang siapa yang membaca:

maka ditanamkan untuknya dari bacaan itu serumpun kurma di syurga" 
(Riwayat At-Tirmidzi, Al-Hakim)

#5. Melancarkan pintu rezekinya

Sebagaimana disebut di dalam sebuah hadis: "Sabda Rasulullah SAW: 'Tasbih itu dapat menarik rezeki' "
(Kitab Lubaabul Hadith)

#6. Menghilangkan rasa kecewa

Dari Ka'ab bin Ujrah r.a., daripada Rasulullah SAW: ' Doa yang selalu dibaca setelah solah yang tidak akan kecewa orang yang membacanya adalah setiap selesai solat fardu, iaitu 33 kali bertasbih, 33 kali bertahmid serta 34 kali bertakbir'".
(Riwayat Muslim)

#7. Mendapat pahala sedekah

Dari Abu Zar al-Ghifari r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: ' Setiap pagi, kesemua bahagian anggota kamu mengeluarkan sedekah, maka setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu sedekah, setiap bacaan tahlil itu juga sedekah, setiap bacaan takbir itu sedekah, menganjurkan kebaikan itu juga adalah sedekah. Dan memadai dari semua itu dari dua rakaat solat Dhuna'.
(Riwayat Muslim)

Ringan-ringankanlah mulut kita untuk mengucapkannya. Sia-sialah masa dan waktu kita tanpa membacanya. Fadilat dan keagungan kalimah tasbih akan diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sepanjang hayat.

Ringkas sahaja bacaannya tetapi pahalanya sangat besar dan kita akan memperoleh fadilatnya jika mengamalkannya sepanjang hayat.

(Sumber : Anis bil.210)






Monday, 7 September 2015

Khasiat ESP Shaklee Tiada Tandingan


Khasiat ESP Shaklee memang tiada tandingannya. Jom terjah manfaat dan khasiat ESP...
  • Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit
  • Kulit Remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, kurangkan kedutan, agen anti-penuaan, kurangkan kesan parut
  • Membaiki pigmentasi - baiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, baiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • Baik untuk hormon - membantu merendahkan paras kolesterol, cegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka elok untuk ibu hamil dan juga ibu menyusu.



Jangan ragu-ragu lagi dengan khasiat ESP Shaklee yang tiada tandingan ini. Dapatkan konsultasi terbaik dari saya. Hubungi saya ye...sekarang ni ada promosi ESP September 2015.

Waahida Zulkipli
013-6065090


Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...