Wednesday 18 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 5

Your Top 5 Songs of All Time

Dah beberapa hari stop sebab bercuti ye...huhu...so saya teruskan lagi dengan cabaran berblog 30 hari ini dengan tajuk seperti di atas.

Hmmmm...sejak bergelar mama ni dah kurang sangat jatuh cita dengan lagu. Tapi kalo nak tau zaman belajar dulu memang saya lah juara bab lagu2 cintan ni...
Saya ni penggemar lagu dari seberang ~ Melly Goeslow. Bermula dari zaman sekolah lagu "Jika". Ni masa form 4. Sekarang kalo dgr mesti terbayang zaman2 form 4 dulu. Waahhhhh gituuu....

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Lagu2 dari filem Ada Apa Dengan Cinta ~ Denting, Ada Apa Dengan Cinta, Seseorang. Lagu2 ni mengingatkan saya pada kawan2 waktu di UM dulu.
Satu lagi lagu tentunya lagu My Heart ~ Acha Septriasa. Dengar lagu ni teringat zaman bercinta dengan encik suami...Heeheehe

Ok...kita jumpa plk untuk hari ke6 ye...

Monday 16 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 4

All About Your Parents



Inilah orang yg paling penting dalam hidup saya selain suami dan anak2...mama dan papa.
Papa, Zulkipli bin Awang seorang guru. Mama, Nor'aini bt Ibrahim juga seorang guru. That's y lerr I pun jadi cikgu yeee....ehehehhe....
Papa..hmmm...sgt cool...jarang marah...dulu2 kalo nak mintak duit mmg mintak dgn dia...huhuhu.
Mama plk mestila kontra....heheheh....kami anak2 mmg takut kat mama ni. Tegas dan yang sewaktu dengannya la. Tapi tu waktu zaman kecik sehinggalah sebelum kawen..Sekarang biasa2 je.
Kedua2nya belum lagi pencen. Papa 56tahun dan mama 52tahun.
Tiap kali saya balik kampung mesti mama masak macam2. Tapi tiap kali mereka ke Perak, saya tempah je makanan....hahahahaha....takkan la daku nak masak masakan yang memang sah2 belajar dari mama kan..Mesti la nak jamu makanan lain dari lain..(huh alasan je tu...haha)
   Sejujurnya sekarang...bila tengok wajah mereka...saya akan berdoa dalam hati semoga Allah berikan kesihatan dan kesejahteraan buat mereka. Panjangkan umur mereka dan semoga saya diberi peluang untuk menjaga mereka di kala mereka sudah tidak mampu lagi..Aminnn

Cabaran Berblog 30hari - Day3

A Place or Thing That You Are In Love With

Tak tau nak letak apa...kalo difikir2kan of cos tempat yg memang melekap kat hati ni...tempat yg byk memori kenangan nan indah...
Tempat jatuh lagikan dikenang..
Inikan pula tempat berkasih sayang dgn teman2...
  Di sinilah segalanya bermula...


Alhamdulillah...lepas SPM saya diterima ke Pusat Asasi Sains UM. Saya adalah batch 01/02. Ditempatkan di Kolej Kediaman Kesebelas (sekarang dah tukar nama dah...). First time duk hostel...
Terlalu banyak kenangan di sini. Selepas setahun...sambung pulak di Institut Sains Matematik, Fakulti Sains UM jgk. Camane tak sayang UM kalo dah hampir 6 tahun saya "membesar" di sini (2001-2006).
Suka duka tawa nangis ria semua ada.
Ohhh...sangat2 rindu...






Saturday 14 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 2

Meaning Behind Your Blog Name

"Cikgu Vitamin"... idea nama oleh my bff...wahahhahaha....punya la takde idea nak reka nama blog...
Semoga saya menjadi Cikgu Vitamin yang betul2 pakar dalam vitamin...kesihatan...
Inilah kali pertama saya berblog dalam hidup. Blog ni pun suami saya yang buatkan waktu saya dalam pantang.
Semoga pengisian blog saya ni dapat dikongsi bersama.


Cabaran Berblog 30Hari - Day 1

About Me

Ini bagi menyahut cabaran berblog selama 30hari oleh Mama Rin...patutnya dah Day5 tapi daku baru nak mula...huhuhuhu....
Untuk Day1...jom berkenalan dengan saya...ehehhee

Nama saya Waahida bt Zulkipli...anak pertama dari 6 adik beradik. Dilahirkan pada 5 Julai 1983 (udah 30tahun ye) di Besut, Trg. Dibesarkan dan bersekolah sehingga form 5 di Besut jugak...of cos I Love Besut ketat2. 
Belajar dalam bidang Matematik Komputeran dan Industri di Universiti Malaya (2002-2006)...
Pastu menjadi mengajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut selama setahun (2007) sebelum sambung KPLI-SR di IPPPP (skrg IPG Kampus Pulau Pinang).
Sebelum posting, 11.12.08 saya diijabkabulkan dengan insan tersayang Nazmi Syazwan b Zalkafeli.


Kami dikurniakan 3orang anak(2 lelaki 1 perempuan). Sekarang saya menetap di Selama, Perak.
Impian yang tak pernah padam agar saya dapat pulang menetap di kampung halaman Besut, Terengganu satu hari ini (Oh indahnya!!!)

Guru Matematik yang sangat garang (Aaaauuummmmm...) dan kini berbisnes sket2 pulak. Bermula Jun 2013 saya telah mendaftar sebagai Pengedar Shaklee. Alhamdulillah saya bertemu dengan famili Shaklee yang memang hebat. Banyak yang saya belajar daripada famili ni. Impian dan harapan ingin berjaya dalam bisnes Shaklee. Teruja lihat ramai yang dah berjaya. Boleh lerr kalo nak ikot saya berSHAKLEE...
 Okehhh.....itu saja yang nak dikongsikan....semoga ketemu lagi n tak boring baca blog saya ye...





Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...