Monday 6 July 2015

Tips Menjaga Kaki Anak Yang Mulus


Setiap ibu bapa tak sabar nak tunggu anak-anak boleh berjalan kan...Mana taknya dah lama mengidam nak beli kasut-kasut cantik dan nak tengok anak pakai sambil berjalan terkedek-kedek...hihi
Tapi sebenarnya nak membeli kasut anak ni ada tip dan kekdahnya. Moh lerrr kita semak ye...

#1: Dalaman Kasut

  • Lembut dan mudah dilentur seperti kasut yang bertapak lembut
  • Ruang jejari mestilah lebar untuk memudahkan pergerakan jari kaki anak
#2: Ukuran
  • Sebelum membeli kasut, cuba dulu kasut itu di kaki anak
  • Biarkan anak dalam keadaan berdiri sewaktu mencubanya.
  • Pilih kasut yang sesuai dengan ukuran anak.
  • Biarkan juga dia berjalan ke seluruh kedai untuk memastikan keselesaannya.

#3: Reka Bentuk
  • Jangan beli kasut yang runcing di bahagian depan. Nanti pergerakan  jari kaki akan tersekat. Kaki anak juga akan berasa sakit.
  • Bagi anak perempuan, janganlah beli kasut yang bertumit tinggi.
  • Sentiasalah periksalah kaki anak untuk memastikan tida terpelecet atau luka.
#4: Pembuatan Kasut
  • Pastikan kasut anak diperbuat daripada bahan lembut dan fleksibel.
  • Jika keras kasut itu, ia berisiko akan mengganggu perkembangan tulang kaki. Ini menjadikan bentuk kaki anak tidak berkembang dengan betul.
#5: Ringan
  • Kasut ringan adalah yang terbaik untuk anak yang baru boleh berjalan.
  • Ia memudahkan pergerakan dan mengelakkan daripada mudah terjatuh.
  • Kasut berat menyukarkan pergerakan anak ketika bermain.
#6: Mudah dipakai
  • Belilah kasut yang mudah dipakai dan mudah ditanggalkan oleh anak.
  • Kasut jenis velcro yang digunakan sebagai pengganti tali pada kasut amat sesuai untuk anak.

Jadi, pastikan kita menyediakan kaki yang betul-betul sesuai untuk anak kita. Kadang-kadang nampak cantik, tapi belum tentu anak kita selesa dengannya. Antara tip lain ialah:
  • Beli kasut yang mrmpunyai warna terang.
  • Elakkan menggunakan kasut orang lain kerana setiap ukuran kaki adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak.
  • Tidak semua jenis dan rekaan kasut sesuai dengan kaki anak.
  • Biasakanlah mencuba kasut pada kaki anak sebelum membelinya.

Friday 3 July 2015

Kenali Warna Najis Bayi Anda Sama Ada Normal Atau Tidak

Kenali Warna Najis


Ibu...Mama...Umi...Ayah...Dedi...janganlah pandang remeh warna najis bayi. Sebabnya warna najis tu membawa makna tersendiri sama ada anak kita sihat atau tidak.
Saya juga pernah mengalaminya. Bulan lepas, anak saya yang umur 4tahun demam panas baru-baru ini. Suhu mencecah 41darjah Celcius. Kena tahan wad. Bermula dengan demam yang selalu sgt on off. Rupa2nya ada jangkitan kuman kencing kotor. Doktor cakap perempuan memang senang kena kencing kotor. Bila ke hospital, kumannya dah sangat2 banyak. Tiap2 hari kena amik darah.
waktu dia demam tu, najis dia warna hitam. Orang cakap kalau hitam takot ada pendarahan dalaman. Ya Allah, risau sangat. Tapi nurse hospital tu kata, mungkin sebab pengambilan antibiotik yang banyak. Alhamdulillah, selepas 4hari 3malam di hospital, demamnya dah ok. Tapi antibiotik masih diteruskan selama seminggu lebih. Dan sekarang saya pantau najis anak saya.

Sekarang..saya nak share warna-warna najis dan maksud yang terselindung di sebaliknya. HIHIHI...
Pertamanya, warna2 najis ni bergantung kepada:

  • umur anak
  • breastfeeding atau susu formula
  • makanan yang dimakan
#1: Bayi baru lahir : Meconium


  • warna hijau-hitam
  • melekit
  • tekstur seperti tar
  • terdiri daripada mukus, cecair amnion, dan semua benda yang bayi telan sewaktu dalam rahim
  • sukar dibersihkan sebab melekit tetapi petanda baik bahawa usus bayi bekerja secara normal.
#2: Bayi yang menyusu daripada ibu

  • Kolostrum bertindak sebagai julap, membantu menolak meconium daripada badan bayi.
  • Selepas kira-kira 3hari menyusu daripada ibu, najis bayi berubah secara beransur-ansur.
  • berubah daripada warna hijau-hitam kepada mustard kuning.
  • bau sedikit manis 
  • tekstur ringan/cair
  • bayi akan kerap buang air besar pada awal2 kelahiran
  • biasanya 4kali sehari pada minggu pertama
  • Ianya akan menjadi rutin setiap hari di mana ibu dapat tahu waktu bayi membuang air besar.
#3: Bayi yang diberi susu formula

  • najisnya berbeza dari bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya
  • tekstur kasar kerana susu formula tidak dapat dicerna dengan sepenuhnya
  • warna kuning pucat atau kuning-coklat
  • berbau kuat seperti orang dewasa
  • bayi akan lebih cenderung untuk sembelit
#4: Bayi yang diberi makanan pepejal

  • bila dah mula makan, najis bayi akan berubah
  • najisnya akan dipengaruhi oleh apa yang dimakannya
  • jika bayi diberi puti lobak merah, najisnya akan menjadi oren
Bagaimana pula kalau najis yang tidak normal?

#5: Cirit-birit

  • najis yang sangat cair
  • kadang2 jumlah yang lebih banyak
  • lebih kerap
  • jika tidak sembuh dalam masa 24 jam, berjumlah dengan doktor
#6: Sembelit


  • muka bayi merah meneran semasa membuang air besar.
  • sukar membuang air besar
  • najis berbentuk seperti batu-batu kecil dan kering
  • kadang-kadang terdapat sedikit darah akibat luka kecil pada dubur
  • bayi yang diberi susu ibu jarang mengalami masalah ini kerana susu ibu mempunyai semua nutrien yang diperlukan

#7: Najis Hijau


  • mungkin bayi terlalu banyak laktosa
  • mungkin juga terlebih penyusuan atau kurang penyusuan
  • kemungkinan juga ada kuman dalam perut bayi
  • jika berterusan, berjumpalah dengan doktor
#8: Najis bercampur darah

  • ini akan berlaku jika bayi sembelit
  • terdapat luka pada bahagian dubur
  • dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah lain.




Thursday 2 July 2015

Kuat Sukan Tapi LIAT.....Sampai Nak Lumpuh???





Jom tengok video ni jap!!


Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.
So, apa yang bahayanya?
Bahaya la sebab kejap je sakit dah boleh hilang (dengan izin Allah).
Bahaya jugak kalo kata encik suami je amalkan vivix ni..isterinya tidak. Maka encik suami sorang la yang kekal awet muda tampan. Hah....risau pulak isterinya.
Kenapa sampai macam tu sekali?

Jawapannya sebab Vivix Shaklee ni sangat kaya dengan antioksidan. Inilah antara kandungan yang ada dalam vivix:

  •     Polygonum Cuspidatum
    • terdapat dalam makanan tambahan anti-penuaan perubatan Cina.
    • sumber semulajadi resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan membantu mencegah pertumbuhan tumor
  •      Anggur Muscadine
    • sumber yang kaya dengan polifenol dan anti-oksida, serta ciri-ciri anti-radang.
    • kemampuan untuk menyembuhkan diri daripada penyakit, bakteria dan kulat. 
    • berbanding dengan anggur lain, anggur muscadine mempunyai 40 kali ganda lebih  polifenol yang terbukti memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular, tahap gula  darah dan proses penuaan, antara isu-isu kesihatan yang lain.
  •      Elderberries Eropah
    • digunakan dalam perubatan tradisional untuk pelbagai keadaan kesihatan, termasuk artritis, asma, sembelit dan sebagai ubat untuk selesema
    • mengandungi kalium dan jumlah besar Vitamin C, dengan itu menguatkan sistem imun.
    • sumber yang kaya dengan antosianin o yang mengandungi tiga kali lebih banyak daripada karotenoid. Ini antioksidan yang kuat membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin alam sekitar, diet  dan tekanan.
    • mengurangkan kesan kerosakan akibat kolesterol tidak baik dan platelet kecewa daripada melekat pada dinding saluran darah.
    • membantu meningkatkan penglihatan malam kerana ia membuatkan rhodopsin atau visual ungu dalam mata
  •     Purple Carrot
    • sumber vitamin A dan mengandungi fitokimia termasuk karotenoid, phenolic, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpens. 
    •  mengandungi antosianin, yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti-oksida yang sangat tinggi.



Untuk dapatkan Vivix Shaklee ini bolehlah hubungi saya:
Waahida bt Zulkipli (id: 971611)
Tel : 013-6065090
Emel : waahida83@gmail.com






6 Cara Ajar Anak Jaga Kebersihan

"Mama, kenapa adik kena basuh tangan sebelum makan?"
Inilah antara soalan yang sering saya dengar. Banyak lagi sebenarnya yang ditanya. Jadi, saya perlu terangkan dengan baik agar diorang betul-betul faham. maklumlah tahap pemahaman budak2 ni tak sama dengan orang dewasa.

Jom kita sama-sama tengok 7 panduan untuk ajar anak jaga kebersihan.

Cara #1: Basuh Tangan
Mencuci tangan ni perkara penting. Saya selalu pesan kat anak-anak saya untuk cuci tangan dengan sabun lepas bermain. Bukan sebelum dan selepas makan sahaja...Ini penting untuk elakkan penyebaran kuman kepada adik-beradik yang lain. Kadang-kadang time saya suapkan makan pun, diorang akan basuh jugak tangan sebelum makan. Selepas makan pun basuh lagi walaupun mama yang suapkan. Hihihi...

Cara #2: Jangan Sentuh Mata, Mulut dan Hidung
Bakteria sebenarnya mudah memasuki badan melalui bahagian ini. Bahagian ini jika disentuh berulang kali, mudahlah bakteris memasuki badan. Pastikan tangan dibasuh selepas menyentuh mata, mulut atau hidung terutama apabila ingin menjamah hidangan makanan.

Cara #3: Mandi Kerap
Ajarlah anak-anak untuk mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Pagi, tengahari dan petang. Jika sudah biasa, mereka akan jadikannya sebagai rutin apabila sudah bersekolah nanti. Pulang je dari sekolah, mereka akan terus mandi. Ketika mandi, ajar juga anak untuk  syampu dan gunakan sabun. Kanak-kanak kecil sememangnya suka bermain dengan air.

Cara #4: Kebersihan Gigi

Menjaga kebersihan gigi adalah cara yang baik untuk penjagaan kebersihan mulut. Jadikan rutin memberus gigi waktu pagi dan malam. Anak-anak saya memang pantang jumpa berus gigi. Suka sangat nak memberus gigi. Bagitau anak-anak apabila gigi bersih, adik akan nampak cantik dan gigi pun takkan rosak.

Cara #5: Tutup Mulut
Bakteria mudah tersebar melalui bersin dan batuk. Ajar anak-anak untuk menutup mulut atau hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk. Kadang-kadang perkara ni kita tak nampak, Bila anak dah besar baru kita nak ajar. Mulakanlah dari kecil

Cara #6: Kemas Barang
Sering kita lihat, remaja yang tak suka kemaskan tempat tidur. Bila ke sekolah dibiarkan aje selimut tidak berlipat dan bantal tidak disusun. Kenapa? Sebab mereka kurang diasuh dari kecil. Sebelum ke sekolah, saya akan pastikan anak-anak saya kemaskan tempat tidur mereka. Kadang-kadang diorang tidur di depan tv...diangkutnya semua bantal. Saya akan pastikan mereka susun balik bantal ke dalam bilik dan kemas tempat yang dah berselerak.
Alatan permainan juga begitu. Selepas main, saya akan minta mereka kemas semula ke dalam bakul. Susun bakul kat tempat sepatutnya.

Bukan mudah sebenarnya untuk mengajar anak-anak. Proses belajar itu akan mengambil masa. Kita sebagai ibu bapa perlulah ada tahap kesabaran yang super tinggi. Insya Allah, anak-anak kita akan menjadi anak yang terbaik.



Soya Terbaik Yang Perlu Dimiliki Sekarang

ESP shaklee adlh soya nonGMO iaitu soyanya tidak diubahsuai secara genetik. Ia dijaga dengan baik.
Kebanyakan soya di pasaran adlh GMO. Berhati2 memilih soya sbb GMO boleh menyebabkan allergy dan potensi kanser.
ESP adlh produk shaklee yg tggi permintaannya.
Sumber protein terbaik ini banyak peranannya. Antaranya:
  • Untuk kekal cantik
  • Untuk memberi tenaga berterusan
  • Untuk Ibu Menyusu
  • Untuk ibu hamil



Untuk dapatkan ESP Shaklee ini bolehlah hubungi saya:
Waahida bt Zulkipli (id: 971611)
Tel : 013-6065090
Emel : waahida83@gmail.com

Wednesday 1 July 2015

Tips Kekal Muda Untuk Lelaki dan Wanita yang Pasti Berkesan

Hari ini ramai berlumba-lumba membeli produk kecantikan anti penuaan. Sanggup berhabis duit untuk krim yang belum pasti keberkesanannya.
Tapi sebenarnya...untuk kekal muda dan bertenaga baik lelaki mahupun wanita, ia datang dari dalam. Kita perlu menjaga kecantikan kita dari dalaman.

Kulit Muda vs Kulit Tua
Seperti yang diketahui, satur-sayuran dan buah-buahan mengandungi khasiat untuk kesihatan kulit. Jika anda bimbang dengan masalah penuaan yang bakal menyerang tanpa disedari...jadi anda perlu mula atasinya melalui pemakanan harian anda.
Terdapat TUJUH makanan yang akan membuat anda kelihatan lebih muda lagi. Check it out!!!

Tips #1: Avocado



Avocado mengandungi vitamin A yang dapat membantu membersihkan sel kulit yang mati
Kandungan vitamin A dalam alpukat dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Antioksidan pula berperanan untuk  mendetoksifikasi tubuh untuk mengeluarkan semua toksin. Toksin yang banyak di dalam badan menyumbang kepada kulit yang tidak sihat serta kering. Bila dah kering tu mudah la pulak kulit tu jadi berkedut. Hah...kan dah nampak tua. 

Tips #2: Buahan dan Sayuran Berasaskan Air
Air sangat penting unutk tubuh badan kita termasuklah untuk kekal muda. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kulit menjadi kering, menggelupas dan nampak tidak bermaya. Selain meminum air secukupnya setiap hari, mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berasaskan air juga dapat membantu mengekalkan paras air dalam badan. Antaranya ialah buah tembikai, timun dan buah-buahan sitrus.

Tips #3: Jambu Batu
Jambu batu sangat baik untuk kecantikan kulit kerana mengandungi vitamin C. Dikatakan bahawa kandungan vitamin C dalam jambu batu adalah 4 kali lebih tinggi daripada buah-buahan sitrus. Vitamin C berperanan untuk menjaga sel-sel kulit agar bebas kedutan.


Tips #4: Tiram


Tiram dikatakan mengandungi 16-182mg zink dalam setiap 100g hidangan (sumber: Healthalicious). Zink berperanan unutk membaiki kerosakan pada sel-sel badan termasuk sel kulit. Jika kita banyak terdedah kepada cahaya matahari, kulit akan menjadi rosak. Maka dengan adanya zink, ia dapat memulihkannya.
Tetapi jika difikirkan, mampukan kita memakan tiram setiap hari?


Dengan pengambilan zinc comlex Shaklee ini, anda dapat khasiat zink yang diperlukan oleh kulit. Lebih murah dan jimat!

Tips #5: Ubi Keledek

Ubi keledek mampu membuat kita awet muda ye. Hihihi
Ia mengadungi beta-karotena yang dapat mngimbangi pH kulit kita.  Ia juga dapat menghalang kulit dari kering, menggalakkan pertumbuhan sel baru menggantikan sel lama dan menjadikan kulit halus mulus.

Tips #6: Buah Beri

Buah beri adalah antara yang tertinggi kandungan antioksidan. Buah beri biru, beri hitam dan strawberi adalah antara yang mengandungi antioksidan yang paling tinggi. Apa fungsi antioksidan? Antioksidan dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan pada kulit.

Tips #7: Asid lemak omega
Asid lemak berperanan sebagai laluan untuk nutrien masuk ke dalam sel dan bahan buangan keluar dari sel (Ann Yelmokas McDermott, PhD, a nutritionist at the Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging at Tufts University in Boston)

Omega 3 terdiri daripada tiga asid EPA, DHA dan ALA. ALA boleh didapati dalam biji rami, dan benih chia. DHA dan EPA yang terdapat dalam alga, spirulina, alga biru-hijau, dan chlorella. 

Omega Guard Shaklee ini mengandungi 1001 khasiat dan salah satunya untuk kesihatan kulit. Ia membantu menstabilkan protein di dalam kulit bagi memastikan kulit kekal anjal. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, parut jerawat dan ruang pori terbuka.

Untuk dapatkan vitamin unutk kekal muda, bolehlah hubungi saya:
Waahida bt Zulkipli (id: 971611)
Tel : 013-6065090
Emel : waahida83@gmail.com




Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...