Tuesday, 6 September 2016

Tekanan Darah Tinggi Penyumbang Utama Kematian

Tekanan darah tinggi atau Hypertensi adalah penyakit dalam diam yang membawa kepada komplikasi dan juga kematian. Ia kini menjadi pembunuh utama di Malaysia.

cara cegah tekanan darah tinggi

Jenis Tekanan Darah

Tekanan darah kita diukur dalam 2 bacaan, contohnya 140/75.
  • Nombor di atas - tekanan sistolik (140)
  • Nombor di bawah - tekanan diastolik (75)
Punca-punca Hypertensi/ Darah Tinggi

Penyebab berlakunya darah tinggi susah untuk diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Kita selalu mengaitkan darah tinggi ini dengan stress.

Terdapat beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan darah tinggi iaitu:
  • Penyakit buah pinggang
  • Ubat-ubatan steroid dan antiradang bukan steroid
  • Faktor keturunan
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan alkohol boleh menyebabkan komplikasi darah tinggi (penyakit jantung dan strok)
Gejala dan Tanda Darah Tinggi

Tiada tanda-tanda spesifik. Sebab itulah darah tinggi dikatakan boleh membunuh secara senyap.
Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami pening atau sakit kepala.
Jika sering pening dan sakit kepala, lakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi dengan segera.

Komplikasi Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi jika dibiarkan akan menimbulkan komplikasi yang berbahaya. Antara komplikasinya adalah:

1. Serangan jantung

  • tekanan darah tinggi membuatkan jantung terpaksa berkeja lebih keras dari biasa
  • ini menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat dan mengganggu aliran darah
  • gangguan ini berlaku pada aliran darah yang melalui arteri koronari, yang berfungsi membawa masuk oksigen dan nutrisi ke jantung, 
  • inilah yang menyebabkan serangan jantung.
2. Stroke
  • seperti serangan jantung, stroke juga disebabkan oleh gangguan aliran darah.
  • ia melibatkan pembuluh darah yang berada di otak.
  • gangguan aliran darah ke otak menyebabkan kawasan otak yang terlibat akan rosak.
  • stroke terjadi kerana pembulluh darah tersumbat dan darah tidak dapat mengalir melaluinya.
  • dalam keadaan lain, disebabkan tekanan darah terlalu tinggi, pembuluh darah di otak akan pecah(stroke hermoragik) dan menyebabkannya bocor.
  • aliran darah berkurang kerana darah mengalir keluar daripada pembuluh darah.
3. Kerosakan buah pinggang
  • terdapat banyak pembuluh darah kecil di buah pinggang.
  • pembuluh darah ini sangat sensitif pada peningkatan tekanan darah.
  • jika tekanan darah tinggi ini dibiarkan dan tidak dirawat dalam masa yang lama, akan menyebabkan pembuluh darah ini rosak.
  • seterusnya mengakibatkan kegagalan buah pinggang.
  • kerosakan atau kegagalan buah pinggang adalah satu komplikasi jangka panjang yang paling berbahaya.
Rawatan Darah Tinggi

  • Keraplah melakukan pemeriksaan tekanan tinggi di hospital atau klinik kerana kadang2 penyakit ini sukar untuk dikesan.
  • Jika tekanan darah terlalu tinggi, ikutlah nasihat doktor. Doktor mungkin akan membekalkan ubat-ubatan yang sesuai dengan tahap tekanan darah anda, dan berdisiplinlah.
  • Ubat yang dibekalkan memang dapat menurunkan tekanan darah tinggi  tetapi mungkin terdapat kesan sampingan. Berhubunglah dengan doktor jika anda merasakan adanya kesan2 seperti stress dan gangguan emosi.
Cara Mencegah Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi ini boleh diatasi atau dicegah. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati kan...

1. Amalkan gaya hidup sihat 
  • kurangkan merokok dan pengambilan alkohol
  • keraplah bersenam
  • jaga pemakanan
  • elakkan daripada perkara2 yang boleh membuatkan anda stress
2. Pengambilan VIVIX SHAKLEE

vivix darah tinggi

Bagaimana Vivix Membantu?

Vivix kaya dengan resveratrol.

Fungsi resveratrol adalah:
  • dapat menurunkan trigliserida, LDL dan lemak yang berlebihan dalam darah. Ini secara tak langsung mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
  • mencegah kekejangan pembuluh darah
  • mengawal bekalan darah normal ke seluruh organ badan
  • membaiki pengerasan pembuluh nadi. 
Testimoni Penggunaan Vivix Untuk Tekanan Darah Tinggi

Jom tengok video ni...

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

vivix dan tekanan darah tinggi

vivix dan tekanan darah tinggi
Bayaran untuk merawat penyakit kronik itu sangat tinggi.
Bukan saja dari segi wang...tetapi juga dari segi kemampuan kita melawan penyakit itu sendiri.
Tak salah kalau kita berusaha untuk mencegah.
Usaha dan tawakal...InsyaAllah dipermudahkanNya.

Nak oder vivix???
Silalah jangan segan untuk hubungi saya.
Saya akan guide cara yang betul

Waahida bt Zulkipli
id: 971611
013-6065090

-Pengedar Shaklee selama (perak dan kedah)
-Pengedar Shaklee seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...