Dah masuk trimester ketiga kann....makin teruja lerrr nak sambut baby...
Teringat pulak waktu saya pragnent dulu...anak pertama memang tak sabar rasanya nak suruh baby kuar.
Bila dah masuk anak kedua dan ketiga...waktu trimester ketiga ni dah rasa berdebar debar dan takut..
Maklumlah dah ada pengalaman kannn...hihihi...
Duk terbayang bayang situasi kat sepital tu....aduhaaaiiiiiiii
Sekarang anak ketiga saya dah berumur 2 tahun 4 bulan....memang sangat rindu nak menimang baby lagi...tapi tunggu dulu lah...tunggu anak besar sikit je lagi.....
Anak ketiga saya sangat la lasak. Bila fikirkan kalo preggy...masuk trimester ketiga camne la...
Mungkin Allah pun belum nak bagi rezeki lagi. Dia akan bagi kalau kita dah betul betul mampu walaupun kita rasa kita tak mampu.
Bila imbas balik...kalau masuk trimester ketiga...macam macam yang kita akan rasa...
Perubahan diri...perut yang makin membesar dan banyak lagi....
Tapi ada jugak orang yang Allah bagi keistimewaan untuk tak rasa apa apa masalah pun kan...
Lain orang...lain la pengalamannya....
Jom tengok ketidakselesaan ataupun masalah yang biasa dihadapi mama hamil pada trimester ketiga...
#1. Keletihan otot perut dan kegatalan kulit
Hmmmm...biasanya kalau kita duduk lama...rasa lenguh kat perut kan....nanti nak kena bangun kejap takpun baring je hahahah..
Kulit perut pun makin tegang...bila dah tegang kita akan rasa gatal. Jangan garu tau. Nanti luka dan tinggal parut. Biasanya saya akan gosok dan letak kain lembap dan lap sikit sikit. Alhamdulillah kulit perut saya takde merekah pun. Dari trimester pertama lagi saya dah sapu minyak. Sampailah nak bersalin tu.
#2. Sakit Belakang
Yang ni normal la kot. Sebabnya perut kita menampung berat yang lebih. Kalau nak duduk...mesti duduk kat atas kerusi dan bersandar ye. Kasut pun...mesti pakai kasut yang tapaknya rata tu.
#3. Panas
Yang ni memang tak dapat nak tahan. Orang lain rileks je...kita yang mengandung ni siap dah basah lenjun baju. Tidur siang malam nak kena aircond je. Kenapa? Sebab badan kita ni macam bekerja lebih untuk menampung berat baby.
#4. Susah Nak Tidur
Dah masuk trimester ketiga ni....memang susah nak tidur la. Kita akan rasa sangat penat. Pastu tengah tengah malam 3-4 kali akan terjaga untuk kencing.
#5. Bengkak kaki
Jangan terkejut bila kaki mula membengkak. Kandungan air dalam badan kita makin bertambah. Masalah ini berpunca daripada jumlah cecair iaitu air, darah dan air ketuban yang ada dalam badan. Petuanya, waktu tidur, kaki hendaklah diluruskan atau ditinggikan sedikit. Jangan silangkan kaki.
#6. Bengkak Gusi
Perubahahan hormon boleh menyebabkan gusi bengkak. Bila kita gosok gigi, gusi kita akan berdarah. Gunalah berus gigi yang lembut.
Sekadar berkongsi dengan korang. Kadang kadang lain orang lain pengalamannya. Ada yang tidak merasainya...ada yang lagi banyak dilaluinya...
Tak kisahlah kan...asalkan kita tahu jaga diri dan baby dalam kandungan.
Kalo korang nak oder vitamin untuk ibu hamil..boleh kontek saya ye.
Vitamin untuk hilang lenguh2...untuk kesihatan mama dan baby pun ada.
Hubungi saya;
Waahida Zulkipli
013-6065090
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu
Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...
-
Hampir semua wanita mengalami masalah keputihan dan ini dianggap biasa. ia merupakan proses perubahan hormon di mana sel yang sudah mati pad...
-
Jaundis atau kita panggil jugak 'kuning' Ramai ibu-ibu yang risau dan takut di awal kelahiran... Kakak pun macam tu la jugak ...
-
Waktu subur seseorang wanita sangat penting dalam merencanakan sesebuah keluarga. Dengan mengetahui waktu subur, usaha untuk mendapatkan ana...
No comments:
Post a Comment
TQ FOR UR COMMENTS... :-)