"Apa aku akan dapat? Aku pun susah jugak, takde siapa pun nak tolong...".
Inilah kata hati kita kan...kan...kan.
Nak buat baik tetapi masih berkira kira. Semoga kita bukan lagi dalam golongan ini. Aminnn....
Selalunya kat sekolah diajar 1-1= 0.
Tapi saya nak kongsi bagaimana 1-1 = 10.
Jom baca dulu janji Allah:
"Sesiapa berbuat kebaikan mendapat 10 kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizallimi)"
(Surah Al-An'am 6:160)
1-1 = 10 ibaratnya korang ada RM1. Korang sedekahkan RM1 tu pada anak yatim atau orang miskin. Sememangnya baki duit korang dah takde kan..
YAKINlah dengan janji Allah tadi. Allah akan membalasnya 10 kali ganda.
Sapa tahu mungkin korang akan dapat bonus pada bulan itu. Ataupun tetiba je ada orang nak beli barang yang korang jual. Janji Allah itu pasti.
Sedekah itu sangat ajaib jika dilakukan dengan ikhlas dan tidak mengungkit-ngungkit.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Pada setiap pagi dua malaikat akan turun mendatangi setiap orang hamba (manusia). Satu daripada keduanya berdoa, "Ya Allah berikanlah kepada orang yang membelanjakan hartanya itu gantinya". Manakala yang satu lagi berdoa, "Ya Allah, berikanlah kepada orang yang menahan hartanya (tidak dibelanjakan pada jalan kebaikan) kebinasaan.""
(Myttafaq alaih)
Banyak lagi kisah-kisah sahih berkaitan ajaibnya sedekah.
Rasulullah SAW akan menganjurkan untuk selalu bersedekah kepada para sahabat, bahkan termasuk kepada sahabat yang paling miskin, seperti Abu Dzar Al-Ghifari, Bilal dan Abu Dhamdham.
Kerana terlalu ingin tahu, Abu Dzar pernah bertanya, "Wahai Nabi Allah, engkau selalu memerintahkan kepada kami untuk bersedekah, apa hakikat sedekah itu?"
Rasulullah SAW menjawab dengan satu kalimat yang diulang tiga kali berturut turut:
"SEDEKAH ITU SESUATU YANG AJAIB"
*******************************************************************************
Ada syarat jugak bila nak bersedekah ni untuk memastikan ianya benar-benar ikhlas kerana Allah.
#1.
Bila bersedekah korang janganlah menunjuk nunjuk pulak. Kononnya nak dapat pujian kawan kawan. Seeloknya, jangan bagi orang tahu. Contohnya nak gi ziarah orang sakit dengan kawan sepejabat. Biasanya kita letak duit dalam sampul duit raya tu kan. Letak siap siap kat rumah atau sorok la sikit jumlahnya dari pengetahuan kawan kawan. Kalau kita bagi banyak, takdelah orang cakap kita menunjuk. Kalau bagi sikit takdelah orang cakap kita kedekut. Secara tak langsung boleh elak daripada umpatan orang dan biar Allah aje yang nampak.
Firman Allah:
"Kalau kamu zahirkan sedekah sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan".
(Al-Baqarah 2:271)
*******************************************************************************
#2.
Elakkan daripada menyebut dan mengungkit-ngungkit kerana ia boleh membatalkan pahala sedekah yang diberikan.
Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan) yang menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk nunjuk kepada manusia (riyak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang orang yang kafir dan riyak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir".
(Al- Baqarah 2:264)
*******************************************************************************
Semoga kita tidak sayang atau dengan kata kasarnya kedekut dengan apa yang kita ada. Dalam rezeki yang kita dapat sebenarnya ada bahagian untuk orang lain.
Bersedekahlah kerana sedekah itu sangat ajaib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu
Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...
-
Hampir semua wanita mengalami masalah keputihan dan ini dianggap biasa. ia merupakan proses perubahan hormon di mana sel yang sudah mati pad...
-
Jaundis atau kita panggil jugak 'kuning' Ramai ibu-ibu yang risau dan takut di awal kelahiran... Kakak pun macam tu la jugak ...
-
Waktu subur seseorang wanita sangat penting dalam merencanakan sesebuah keluarga. Dengan mengetahui waktu subur, usaha untuk mendapatkan ana...
No comments:
Post a Comment
TQ FOR UR COMMENTS... :-)