Friday, 11 September 2015

Awas!!! Bahaya Kecelaruan Emosi Ketika Hamil.

Pernahkan korang alami kecelaruan emosi waktu hamil???



Hmmm...saya pun dah lupa saya pernah alami atau tak. Yang saya ingat waktu dalam pantang anak pertama dulu saya stress sikit. Sebabnya memikirkan bila dah masuk kerja nanti saya akan berjauhan lagi dengan Mr.Hubby. Mula dari awal kawen hinggalah nak bersalin anak pertama kami berjauhan. Jumpa weekend je dan waktu cuti sekolah.
Tapi stress tu tak lama. 2 minggu dalam pantang, permohonan rayuan pertukaran saya diterima.
Waktu stress tu...kadang2 terjaga tgh2 malam boleh nangis. Rasa nak marah tu datang tiba2. Nasib baik tak lama.

Itu cerita saya. tapi apa yang nak saya kongsikan di sini ialah tentang bahaya kecelaruan emosi ketika hamil.

# Kesan Kecelaruan Emosi Semasa Hamil

Sebenarnya kecelaruan emosi waktu hamil ni perkara biasa. Boleh dikatakan majoriti mengalaminya. Tapi kalo dah teruk sangat sampai tak tertanggung, itu yang jadi masalah.

Kalo dah tak terkawal tu, bimbang akan berlarutan sampai dalam pantang. Dalam pantang kita biasa sebut "meroyan". Haaa...inilah sebenarnya penyakit meroyan tu.

Kecelaruan emosi ketika hamil ni kalo tak dibendung, membuatkan ibu mengalami masalah "serangan panik". Contohnya, tiba-tiba je mengadu tidak boleh bernafas la, jantung berdegup laju, rasa nak pitam, tapak tangan berpeluh atau rasa seperti nak mati. Walaupun dah diterangkan oleh doktor yang mereka ini takde apa2 masalah, mereka tetap risau dan bimbang. Dasyatttt kannnn.....

Tapi sebenarnya perasaan panik tu akan hilang apabila ditenangkan. Di sinilah peranan encik suami sangat penting dan diperlukan. Ayah-ayah, papa-papa semua perlu sentiasa ambil kisah tentang perasaan mama. Kalo boleh elakkan bagi mama-mama ni sedih, kecik hati dan susah hati.

# Kesan Kecelaruan Emosi Terhadap Kehamilan

Kecelaruan emosi kalu tak dirawat dengan sempurna boleh menjejaskan kehamilan kerana meningkatkan kelahiran pramatang. Bayi pramatang ni banyak prosedur penjagaannya kerana bayi terdedah kepada masalah seperti masalah pernafasan, mata, jantung dan ginjal.

Jika bayi dilahirkan normal oleh ibu yang mengalami kecelaruan emosi, biasanya tidak mengalami apa2 masalah.

Cuma dalam banyak kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengalami kecelaruan emosi ini selalunya akan meninggikan risiko untuk bayinya mendapat masalah yang sama apabila dewasa nanti.

# Nasihat Buat Wanita Hamil

Kalau boleh kita buangkanlah perasaan negatif. Memanglah...kadang2 tu tak leh nak elak. Ramai antara kita yang bekerja. Nak fikir pasal kerja lagi...keluarga...anak-anak dalam masa yang sama baby dalam perut.

Kita orang Islam ada solat, zikir, doa dan al-Quran. Banyak kajian menunjukkan orang yang mempunyai hubungan spiritual yang baik selalunya akan lebih tenang apabila menghadapi masalah dalam kehidupan.

Banyakkanlah berdoa untuk keselamatan sepanjang kehamilan dan berdoalah agar baby yang dilahirkan nanti adalah anak yang sihat, sempurna dan menjadi anak yang soleh.

# Nasihat Buat Suami

Suami perlu faham waktu hamil isteri mengalami banyak kekurangan dalam melakukan tugas. Suami juga perlu faham, proses kehamilan ini biasa dihadapi oleh semua pasangan.
Bersyukurlah kerana Allah SWT tidak memilih suami untuk hamil, sebaliknya Allah memilih kami, isteri untuk memikul tanggungjawab mengandungkan anak dalam rahim.

Bersabarlah sebab isteri sedang hamilkan anak awak, yang akan mendoakan kalian apabila kalian meninggal dunia nanti.

Suami perlu ada perasaan gembira, sabar dan menghargai pengorbanan isteri, barulah isteri dapat merasa kehamilan itu suatu yang disokong oleh suami.

Lakukan tugasan rumah bersama2 isteri. Sama juga dengan persiapan menyambut kelahiran anak seperti membeli barang2 untuk bayi, buatlah bersama2 isteri. Seronokkan hidup berumahtangga begini...rasa mempunyai dan dipunyai.




No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...