Thursday, 17 September 2015

Tips Rahsia Meransang Perkembangan Otak Anak-anak Berusia 3-6 Tahun

Usia 3-6 tahun adalah usia di mana anak anak kita sedang membesar dengan pelbagai ragam. Korang perasan tak, anak anak ni kadang kadang kita tengok diorang asyik melihat sesuatu....tetapi sebenarnya bukan lihat je tu...tapi diorang tengah serap semua yang dilihat didengar dan diperhatikan di sekeliling.
Ada suatu ketika...kita dapat lihat anak anak mengeluarkan ayat atau pun melakukan sesuatu yang kita tak pernah ajar pun. Hmmmm...so kena hati hati lah ye tiap kali mengeluarkan kata kata. Hihihi

Korang tau tak....pada usia 3 tahun, binaan otak si kecil menjadi lengkap. Kesihatan fizikal, intelek dan emosi menjadi sangat kritikal dalam usia 3 tahun pertama.
Banyak cara yang boleh korang lakukan untuk meransang perkembangan otak kiri dan kanan si manja.



#1.
Luangkan masa beberapa ketika setiap hari untuk berbual bual dengan anak. Korang boleh bersoal jawab dengan dia atau bertanya aktiviti harian yang dia lakukan. Ini untuk perkembangan tatabahasa. Saya selalunya akan amik peluang berbual bual dengan anak anak waktu dalam kereta...waktu nak anta diorang ke sekolah dan waktu pulang dari sekolah. Jarak 20km tu...macam macam jugaklah cerita yang keluar dari mulut diorang.
Kadang kadang tergelak kecil bila dengar si kakak silap penggunaan perkataan. Si abang pulak tolong betulkan. Yang adik pun sibuk nak bercerita dalam bahasa pelatnya. Kihkihkih

#2.
Membaca bersama akan menggalakkan kekuatan otak. Kajian menunjukkan anak yang diperkenalkan dengan buku pada awasl usianya akan menajamkan penguasaan bahasa dan menambah pengetahuan. Korang boleh pilih buku matematik mudah, buku abjad dan buku buku lain yang sesuai dengan anak. Jika anak pertama, korang mungkin perlu lebih masa untuk ajar dia membuat latihan tersebut. Tapi bila dah masuk anak kedua dan seterusnya, korang dah ada pembantu.
Itulah yang saya lakukan. Bila anak dah 3 orang ni, abang akan tolong ajar adik adik menulis. Mama tengok kejap kejap je.

#3.
Belilah permainan yang boleh merangsang imaginasi anak anak.
Korang pernah tengok tak anak anak bermain sambil bercakap sendiri atau seolah olah berlakon dengan adik adik yang lain??
Anak saya kadang kadang tengah duk main tu, dia akan cakap, "Mama, kakak nak masak kuih macam mama," sambil main dengan permainan masak masak tu.
pastu dengar pulak diorang main sekolah sekolah. Abang jadi cikgu, kakak jadi murid.
Semua karekter ni ada di sekeliling diorang. Diorang tiru balik je kan.

#4.
Daftarkan anak anak dengan kelas di luar bilik darjah seperti kelas seni mempertahankan diri atau kelas renang. Ini boleh menajamkan skil motor kasar, menggalakkan mereka bergaul dan mempelajari kemahiran tersebut.

#5.
Pelbagaikan bentuk ransangan otak dengan menggunakan pelbagai medium seperti rancangan tv dan video. Sekarang banyak rancangan interaktif di tv...yang dijual di kedai dalam bentuk vcd pun banyak. Kalau takde jugak, mama kenalah duduk sebelah anak dan terangkan apa yang diorang tonton tu.

#6.
Korang janganlah paksa anak menulis dan membaca je sepanjang hari. Kalau kita yang tua ni pun rasa stress kan...budak budak apatah lagi. Boleh hilang fokus tau...

#7.
Bila korang nak bagi nasihat kat anak anak, cuba bagitau kesan dan akibat supaya anak anak boleh belajar berfikir sebelum bertindak.

#8.
Bawalah anak anak melawat tempat tempat seperti zoo, muzium atau taman tema supaya mereka mendapat pengalaman baru. Ini juga boleh meransang penerokaan sel sel otak.

#9.
Tidur yang cukup adalah sangat penting. Pada usia ini, pastikan anak anak tidur antara 10 hingga 12 jam sehari. termasuk tidur waktu siang. Ini akan menyediakan badan yang sihat dan cukup rehat serta otak untuk berkembang pesat.

#10.
Sekali sekala lepas anak anak korang untuk bebas bermain permainan yang mereka sukai. Libatkan diri korang dan jangan terlalu banyak kawalan dan peraturan. Beri galakan untuk anak anak menjadi kreatif dan bekerjasama dalam satu kumpula.

#11.
Jangan lupa berikan anak anak sarapan berkhasiat untuk setiap pagi. Korang juga mesti pastikan anak anak minum sekurang kurangnya 500ml hingga 1 liter air setiap hari (2 tahun ke atas)

#12.
Pemakana juga memainkan peranan penting. Makanan yang kaya antioksidan seperti vitamin A, B6, B12, C dan E amat penting untuk membantu mereka menambah kapasiti ingatan dan menajamkan koordinasi pergerakan motor.
Tidak lupa juga zat besi yang memberikan kekuatan penumpuan dan omega 3 yang penting untuk mengoptimumkan fungsi otak

****************************************************************************
Omega Guard dan Vita-Lea for Children dari Shaklee

vitamin anak pintar
Omega Guard ini merupakan minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA untuk membantu perkembangan otak anak anak.

Vita-lea for Children adalah multivitamin dan multimineral untuk kanak kanak. Mengandungi vitamin A hingga E, mengadungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak anak, kalsium dan pelbagai lagi. Kalau anak korang susah nak makan sayur, boleh la bagi vita-lea ni...

Boleh hubungi saya;
Waahida Zulkipli
013-6065090
SID Selama, Perak

No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...