Thursday, 6 November 2014

MASALAH KEPUTIHAN : PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

Hampir semua wanita mengalami masalah keputihan dan ini dianggap biasa. ia merupakan proses perubahan hormon di mana sel yang sudah mati pada lubang faraj dikeluarkan. Tapi, perlulah pandai membezakan antara masalah keputihan biasa dan masalah keputihan berpenyakit.

Keputihan biasa berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Manakala keputihan berpenyakit pula berwarna kekuningan atau kehijauan, berbau, berketul-ketul kecik dan terasa gatal. Apakah punca penyebab keputihan itu?

Punca Keputihan
Antara punca keputihan adalah:
  • perubahan hormon - wanita sering mengalami perubahan hormon dan kitaran haid juga dipengaruhi oleh perubahan hormon
  • pengambilan ubat-ubatan
  • keadaan terangsang seksual juga boleh menambahkan keputihan
  • jangkitan bakteria seperti :
    • Bacteria vaginosis - lelehan berbuih dan berbau hanyir
    • Kuman Gardneralla - lelehan cair berbau busuk
    • Kuman Chlamydia - jarang menyebabkan lelehan
    • Trichomonas vaginitis - lelehan keputihan atau tidak berwarna
    • Kulat Candidiasis - keputihan seperti kepingan susu basi yang perlu dirawat
masalah keputihan

Cara Mengatasinya
Jangan dibiarkan masalah keputihan ini berterusan. Kita perlu tahu cara mengatasinya.
  1. Meminum air rebusan pucuk pegaga berserta akarnya 2kali sehari - amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu hilang.
  2. Cuci kemaluan dengan air daun sireh - ramas 12 helai daun sireh dengan air suam. Selain dapat megurangkan masalah keputihan dan rasa gatal, ia juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
  3. Jika menggunakan panty liner, gantikannya dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan.
  4. Berjumpalah dengan doktor jika masalah keputihan yang dialami adalah teruk.
  5. Elak daripada menggunkan cecair pencuci vagina kerana tidak semua orang sesuai menggunakannya.
  6. Cara mengatasi yang mudah dengan menggunakan Set Keputihan Shaklee

Alfalfa Complex (untuk wanita yg tidak hamil hamil) 
  •  mempunyai sifat antikulat (untuk wanita yang tidak hamil)
  • bertindak seperti kacip fatimah
  • membuang angin dan toksin dalam badan

  


Garlic (untuk wanita hamil)
  • antibiotik semulajadi yang boleh memusnahkan kulat dan bakteria
  • mempertingkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan rasa gatal

Hubungi saya untuk dapatkan Alfalfa Complex dan Garlic Complex daripada Shaklee serta cara pengambilannya.

Waahida bt Zulkipli
013-6065090
COD area : Selama, Kamunting, Taiping, Kulim







2 comments:

  1. Jangan takut-takut dah dengan keputihan. Yang penting kena belajar kenal keputihan yang normal dengan tak normal.

    ReplyDelete
  2. Sy ada masalah keputihan.. apabila sy bersetubuh.. dia mengeluarkan keputihan yg berketulan kecil².. serta merasa sakit.. cara menghadapinya bagaimana?

    ReplyDelete

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...