Sunday 23 November 2014

12 CARA KEKAL SIHAT YANG MESTI DIAMALKAN SEPANJANG MASA

Semua ingin kekal sihat sampai hujung usia. Dua kunci utama untuk kekal sihat adalah gaya hidup dan pemakanan sehari-hari.
Di sini, ingin saya kongsikan 12 cara kekal sihat yang mesti diamalkan sepanjang masa. Semoga ianya dapat menjadi panduan untuk semua termasuk diri saya sendiri.

Cara Kekal Sihat #1 : Mandi Air Sejuk

Ini tidak bahaya, malah dapat membantu meningkatkan stamina, megatasi sakit kepala, mengurangi rasa sakit dan melancarkan perjalanan darah. So sekarang ni, saya pun dah selalu mandi dengan air sejuk sebab ia terbukti baik untuk kesihatan.


Cara Kekal Sihat #2 : Berurut

Banyak kajian menunjukkan bahawa amalan berurut dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung yang laju. Penurunan ini secara tak langsung dapat menurunkan kadar tekanan yang kita alami. Kita disarankan untuk berurut sekali dalam sebulan.






Cara Kekal Sihat #3 : Cuci Tangan
Biasakanlah mencuci tangan kita. Ia dapat mengelakkan jangkitan penyakit terutama yanng disebabkan oleh bakteria E-coli dan salmonella. 
  • Gunalah sabun dan air suam untuk mencuci tangan. 
  • Gosok semua bahagian seperti tapak tangan, celah-celah jari termasuk kuku.
  • Keringkan tangan menggunakan tuala khas atau tisu pengelap.

Cara Kekal Sihat #4 : Cuci Hidung

Tips ini sangat membantu untuk mereka yang ada resdung. 
  • Sediakan air suam yang dicampur dengan sedikit garam.
  • Sengetkan kepala.
  • Tuang sedikit demi sedikit air ke dalam salah satu lubang hidung sehingga air itu keluar dari lubang hidung sebelahnya.
Cara ini diakui berkesan oleh penyelidik Universiti Michigan.

Cara Kekal Sihat #5 : Minum Air Kosong

Air kosong sangat bermanfaat unutk kesihatan. Air yang cukup dapat membantu kita mendapatkan kulit yang sihat. Ini kerana kulit adalah salah satu benteng pertahanan pertama tubuh untuk melawan sebarang jangkitan daripada persekitaran luaran.
  • Minumlah air kosong sekurang-kurangkan 2liter sehari. Lagi banyak lagi bagus.

Cara Kekal Sihat #6 : Minum Air Halia

Halia diperakui dapat mengatasi masalah penghadaman. Para penyelidik percaya bahawa terdapat sejenis bahan yang terkandung dalam hali yang dapat melancarkan fungsi otot usus dan membantu pergerakan makanan melalui saluran pencernaan.
  • Rebus halia dan minum airnya
  • campur serbuk halis ke dalam minuman kegemaran.


Cara Kekal Sihat #7 : Makan Bawang Putih

Ramai yang tidak suka bawang putih kerana ia dikatakan boleh menyebabkan nafas berbau. Hmmm...saya pun memang x brapa nak suka sangat. Tapi,,,,
  • Ia sangat kaya dengan antioksidan
  • Ia dapatg meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membantu melawan masalah radang.
Mulai hari ini, pastikan hidangan makanan seharian kita ada sedikit bawang putih yang sememangnya baik untuk kesihatan.

Cara Kekal Sihat #8 : Tidur
  •  Tidur nyenyak selama 8jam sehari boleh meningkatkan sistem ketahanan tubuih
  • Masalah kurang tidur akan meningkatkan kadar hormon yang menjadi punca perasaan tertekan dan seterusnya bakal melemahkan sitem imunisasi diri.

Cara Kekal Sihat #9 : Bersenam

  • Bersenam secara teratur boleh meningkatkan hormon-hormon yang menguatkan sistem imunisasi.
  • Boleh mengurangkan tekanan
  • Luangkan masa sekurang-kurangnya 5 kali seminggu untuk melakukan aktiviti senaman.


Kekal Sihat #10 : Ketawa

  • Jadilah seseorang yang bersikap lebih terbuka.
  • Biasakan diri untuk mudah terpesona dengan lawak jenaka
  • Ketawa boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh dengan cara menurunkan kadar tekanan
  • Ketawa juga boleh meredakan ketegangan otot dan meningkatkan pengambilan oksigen yang nyata baik untuk kesihatan.



Cara Kekal Sihat #11 : Berfikiran Positif

Kajian menunjukkan bahawa otak berhubung dengan sistem pertahanan tubuh dan sebaliknya.
Jika otak penuh dengan fikiran positif, ia berupaya menghasilkan jumlah antibodi untuk selesema yang banyak. Waaaahhhhh.....dahsyat kan....
Individu yang ceria juga mempunyai antibodi yang banyak dalam tubuhnya. So, mulai hari ini jom sama-sama buang benda-benda negatif dan tukarkan kepada positif.

Cara Kekal Sihat #12 : Ambil Vitamin dan Zat Besi

Pakar perubatan menyarankan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C ataupun supplement vitamin C setiap hari.
Begitu juga pengambilan zat besi yang mampu membantu mencegah serangan virus.



Vitamin C Shaklee
  • Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya
  • Pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh setiap jam.
  • Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex.
  • Bioflavonoid ini mampu meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang bakteria dan radikal bebas.
Vita-Lea Shaklee
  • multi-vitamin dan mineral pertama di dunia
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.
  • Ujian klinikal telah mebuktikan dengan pengambilam Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Amalkan 12 cara kekal sihat ini, Inshaa Allah kita sama-sama dapat merasakan kesannya.

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin terbaik di dunia ini berserta konsultasi yang tepat seumur hidup.

Waahida bt Zulkipli
013-6065090
id: 971611












Tuesday 18 November 2014

KETAHUI CARA MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA UNTUK MERANCANG KEHAMILAN

Waktu subur seseorang wanita sangat penting dalam merencanakan sesebuah keluarga. Dengan mengetahui waktu subur, usaha untuk mendapatkan anak atau ingin menjarakkan anak akan menjadi lebih mudah jika tiada sebarang masalah.
Jom baca bagaimana mengetahui waktu subur wanita.



  • Waktu subur wanita ialah waktu ketika satu sel telur sedia untuk disenyawakan dengan sperma di saluran tiub falapio yang terjadi sebulan sekali. Sel telur boleh hidup selama 1-2 hari.

  • Pada waktu subur ini terjadi perubahan fisiologi seperti lendir pada vagina lebih banyak, peningkatan suhu tubuh disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron dan perubahan pada payudara.

  • Lendir pada vagina ini dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar pangkal rahim (serviks). Lendir ini membantu sperma untuk hidup bagi menunggu sel telur matang (ovulasi). Pada waktu subur wanita, kemungkinan terjadinya persenyawaan sangat besar.
Mengira Waktu Subur Wanita
  • Masa subur wanita juga boleh dikira berdasarkan kitaran haid. Anda perlu mencatat kitaran haid secara teratur setiap bulan. Catat hari pertama haid sehingga hari terakhir. Ini adalah fasa pertama. (Hari 1 - 5)

  • Hari selepas hari terakhir haid, dikatakan fasa kedua atau fasa follicular. Paras hormon estrogen akan meningkat. Sel pembiakan wanita juga menjadi matang dan bersedia dibebaskan. Proses pelapasan telur ini dinamakan OVULASI atau WAKTU SUBUR WANITA. (Hari 6 - 14)

  • Jika suami isteri inginkan anak, maka lakukan hubungan intim pada waktu subur. Jika sebaliknya, hindarkan hubungan intim pada waktu subur atau menggunakan perancang kehamilan.

  • Jika tiada persenyawaan berlaku, telur akan mati dan dinding rahim yang kaya dengan salur darah akan luruh. Maka kitaran haid akan berulang. (Hari 15 - 28)

  • Jika kitar haid anda 28 hari, maka waktu subur terbaik adalah hari ke 14. Jika kitar haid 30 hari, waktu subur terbaik adalah hari ke-15. 

  • Jadi sekarang, bolehlah anda mengira waktu subur anda jika anda merancang untuk hamil. Untuk hamil, anda boleh melakukan hubungan intim pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 jika kitar haid adalah 28 hari.

  • Jika kitar haid 30 hari, anda boleh bersama pasangan pada hari ke 12, 13, 14, 15, 16, 17. Ini dikatakan waktu yang optimum.
Senang kan....Dengan syarat mesti catat waktu subur pada kalender. Bincang dan rancanglah bersama pasangan anda. InshaaAllah dimudahkan segalanya.

Monday 17 November 2014

Cara Hilangkan Jerawat dan Parut. Kulit Semakin Cantik Berseri.

Beratus-ratus duit habis malah ada yang beribu habis semata-mata nak hilangkan jerawat dan parut di muka. Jangan terkejut ye....memang betul pun. Kat tv tu pun ada rancangan untuk tunjukkan keberhasilan sesuatu produk. Bukan murah tu...mau ribu riban harganya kalo dah masuk tv.

Dengan produk yang macam2 di pasaran tu, bolehkah kita pastikan semuanya selamat daripada bahan kimia? Hmmm....

Sebenarnya cara yang paling selamat untuk hilangkan jerawat dan parut di muka adalah dengan menggunakan produk semulajadi tanpa bahan kimia. Dengan menggunakan bahan semulajadi, kita boleh elakkan kesan sampingan yan mungkin berbahaya kepada kita.

Set untuk hilangkan jerawat dan parut daripada Shaklee sememangnya produk semulajadi tanpa bahan kimia. 
1. Zinc complex 
  • bukanlah antibiotik tetapi ia mampu untuk membunuh bakteria penyebab jerawat.
  • zinc adalah antioksidan yang kuat. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan antioksidan boleh mengurangkan jjerawat.
2. Vitamin C
  • sebagai antioksida yang menghalang radikal bebas dan kotoran daripada merosakkan kulit.
  • membantu penghasilan kolagen yang penting untuk kulit
3. Vitamin E complex
  • mengandungi  grape seed  yang bertindak sebagai antioksidan 20x lebih hebat daripada vitamin E.
  • boleh menghilangkan parut jerawat, anti penuaan dan menjadikan kulit cantik berseri
Untuk dapatkan set hilangkan jerawat dan parut ini, bolehlah hubungi saya. Saya akan berikan cara-cara pemakanan yang betul untuk anda.

Hubungi:
Waahida bt Zulkipli
No id : 971611
Whatsapp/ Call : 013-6065090


Saturday 8 November 2014

PEMAKANAN YANG SIHAT MEMBEKALKAN VITAMIN DAN MINERAL SECUKUPNYA

Jangan ambil mudah ye pemakanan yang sihat ni. Pemakanan yang sihat ni sangat penting kerana ia akan membekalakn vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Perlu kita tahu, satu-satu jenis makanan tu hanya mengandungi sejumlah kecil beberapa jenis vitamin dan mineral.

Nak taknak...adik kakak abang memang kena makan banyak benda yang berbeza untuk memastikan adik kakak abang dapat semua vitamin dan mineral yang penting tu.

Waktu sekolah dulu kita pun ada belajar tentang piramid makanan kan. Ingat lagi tak?? Mana yang nak kena makan lebih...mana yang nak kena makan kurang. Adeeiiiii...susah jgk tuu.
Jom intai piring pemakanan yang sihat tu..

Bayangkan piring pemakanan sihat ni sebagai piring nasi kita. Hahaha...Biasanya yang mana kita amik banyak? So, mulai hari ni jom tukar kepada piring pemakanan sihat.

1. Roti, nasi, kentang dan pasta
  • kumpulan ini mengandungi banyak vitamin dan mineral
  • mengandungi karbohidrat yang banyak yang akan sentiasa memberi bekalan tenaga
  • 1/3 daripada semua makanan yang kita makan dalam sehari patut datang dari kumpulan ini.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • kaya dengan vitamin, mineral dan serat
  • serat ialah makanan yang tidak dapat dicerna oleh tubuh
  • tetapi serat penting agar sistem pencernaan berfungsi dengan berkesan
  • 1/3 daripada hidangan dalam sehari juga patut datang dari kumpulan ini.
3. Daging, ikan, telur dan kekacang
  • kaya dengan protein untuk membaiki dan membina sel baru
  • daging, ikan dan telur sangat kaya dengan vitamin B, zat besi dan protein
  • kekacang adalah rendah lemak
4. Susu dan makanan tenusu
  • membekalkan protein, lemak, vitamin larut lemak (A, D, E dan K)
  • banyak mineral terutama kalsium
5. Makanan mengandungi lemak atau gula
  • contoh: keropok, gula-gula, coklat, snek manis
  • juga tinggi kandungan garam
  • untuk sihat kita patut makan sikit sahaja makanan ini setiap hari.
Amalkan piring pemakanan yang sihat ini untuk kekal sihat cantik berseri gitu... :-)



Thursday 6 November 2014

MASALAH KEPUTIHAN : PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

Hampir semua wanita mengalami masalah keputihan dan ini dianggap biasa. ia merupakan proses perubahan hormon di mana sel yang sudah mati pada lubang faraj dikeluarkan. Tapi, perlulah pandai membezakan antara masalah keputihan biasa dan masalah keputihan berpenyakit.

Keputihan biasa berwarna jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Manakala keputihan berpenyakit pula berwarna kekuningan atau kehijauan, berbau, berketul-ketul kecik dan terasa gatal. Apakah punca penyebab keputihan itu?

Punca Keputihan
Antara punca keputihan adalah:
  • perubahan hormon - wanita sering mengalami perubahan hormon dan kitaran haid juga dipengaruhi oleh perubahan hormon
  • pengambilan ubat-ubatan
  • keadaan terangsang seksual juga boleh menambahkan keputihan
  • jangkitan bakteria seperti :
    • Bacteria vaginosis - lelehan berbuih dan berbau hanyir
    • Kuman Gardneralla - lelehan cair berbau busuk
    • Kuman Chlamydia - jarang menyebabkan lelehan
    • Trichomonas vaginitis - lelehan keputihan atau tidak berwarna
    • Kulat Candidiasis - keputihan seperti kepingan susu basi yang perlu dirawat
masalah keputihan

Cara Mengatasinya
Jangan dibiarkan masalah keputihan ini berterusan. Kita perlu tahu cara mengatasinya.
  1. Meminum air rebusan pucuk pegaga berserta akarnya 2kali sehari - amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu hilang.
  2. Cuci kemaluan dengan air daun sireh - ramas 12 helai daun sireh dengan air suam. Selain dapat megurangkan masalah keputihan dan rasa gatal, ia juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
  3. Jika menggunakan panty liner, gantikannya dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan.
  4. Berjumpalah dengan doktor jika masalah keputihan yang dialami adalah teruk.
  5. Elak daripada menggunkan cecair pencuci vagina kerana tidak semua orang sesuai menggunakannya.
  6. Cara mengatasi yang mudah dengan menggunakan Set Keputihan Shaklee

Alfalfa Complex (untuk wanita yg tidak hamil hamil) 
  •  mempunyai sifat antikulat (untuk wanita yang tidak hamil)
  • bertindak seperti kacip fatimah
  • membuang angin dan toksin dalam badan

  


Garlic (untuk wanita hamil)
  • antibiotik semulajadi yang boleh memusnahkan kulat dan bakteria
  • mempertingkatkan sistem imun tubuh dan mengurangkan rasa gatal

Hubungi saya untuk dapatkan Alfalfa Complex dan Garlic Complex daripada Shaklee serta cara pengambilannya.

Waahida bt Zulkipli
013-6065090
COD area : Selama, Kamunting, Taiping, Kulim







Tuesday 4 November 2014

Mengenali Masalah Vena Varikos Atau Urat Simpul Dan Tips Meredakannya

Sebelum membaca artikel ini secara menyeluruh, mari kita faham dulu beberapa istilah:
  • vena - merupakan salur darah yang membawa darah menuju ke jantung
  • varikos - berpintal atau bersimpul
  • injap - terdapat di dalam vena bertindak menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur
Apakah Vena Varikos

Saya pernah melihat urat di bahagian belakang betis seseorang kelihatan timbul dan berwarna biru. Itulah yang dikatakan vena varikos atau urat simpul. 

Bagaimana Vena Varikos Terjadi?

Vena varikos atau urat simpul terjadi apabila tekanan darah di dalam vena terlalu tinggi. Ini menyebabkan kerosakan pada injap di mana injap vena tidak dapat berfungsi dengan baik seterusnya melemahkan dinding vena atau salur darah. Darah akan berkumpul di bahagian yang lemah ini. Dinding vena akan mula meregang dan mengendur. Dengan kata lain ia akan membengkak dan keadaan inilah yang dapat dilihat pada lapisan bawah kulit.


Risiko Yang Boleh Meningkatkan Tekanan Darah Dalam Vena

  1. Masalah berat badan (Gemuk)
    • lapisan lemak yang tebal boleh menghalang aliran darah dari vena ke jantung.
  2. Kehamilan
    • keadaan bayi yang sedang membesar akan menekan salur darah pada bahagian pelvik. Tekanan yang diterima ini menyukarkan lagi pergerakan darah dari kaki menuju ke jantung.
  3. Darah beku dalam vena
    • berlaku pada mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
  4. Penyakit lain seperti lemah jantung dan penyakit hati.
Simptom-simptom Vena Varikos
  • bengkak tapak kaki dan buku lali
  • rasa gatal dan tidak selesa pada bahagian urat simpul
  • lengu kaki dan kaki terasa berat
  • kerap terkena kejang otot
Adakah Vena Varikos Bahaya?

Keadaan ini bukanlah masalah serius melainkan ia terjadi pada wanita hamil iaitu di bahagian faraj dan dubur. Doktor akan mengawasinya sewaktu proses bersalin nanti kerana jika perineum terkoyak, akan berlaku pendarahan yang teruk.

Tips Meredakannya daripada Shaklee


  1. Vitamin E Comlex
    • meningkatkan keanjalan salur darah
    • memperbaiki peredaran darah dan mengukuhkan dinding kapilari dan salur darah
  2. Vitamin C
    • menurunkan kecenderungan bekuan darah
    • Bioflavonoid menggalakkan pemulihan dan mengurangkan lebam
  3. B-Complex
    • diperkaya dengan asid folik, cobalamine, Pyrodixine di mana sangat perlu untuk mereka yang mempunyai gen yang mempunyai masalah urat dan saraf.
    • Vitamin B3 membantu membaiki pengaliran darah dalam vena dan arteri
Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda:
Waahida Zulkipli
013-6065090
id : 971611




Monday 3 November 2014

Promosi OmegaGuard Shaklee Terbaik dan Terlaris

 Promosi OMEGAGUARD SHAKLEE



Memang jimat. Harga untuk sebotol omegaGuard adalah RM136 untuk semenanjung Malaysia dan RM140
untuk Sabah/Sarawak. Tapi bulan ni kalo beli 6 botol:
  • dapat pulak free 1 botol (taknak keeerrrrr)
  • dapat jadi ahli shaklee dengan tak payah bayar
  • dapat pulak cash back duit (bonus gituuuu)
Banyak 6 botol?? Boleh kongsi dengan adik beradik, sedara mara dan kawan2 sebab omegaGuard shaklee sesuai utk umur 1tahun dan ke atas.

Beli 2 botol pun boleh. Jimat 5% lagii!!
Wowww!!! Berbaloi-baloi bulan ni.



Dapatkan set-set berikut:
1. SET GOUT
2. SET ANAK PINTAR SIHAT
3. SET SENDI
4. SET BUASIR
5. SET JANTUNG
6. SET KURUS



Boleh pm/whatsapp saya :
waahida zulkipli
0136065090


GOUT DAN CARA MENGATASINYA DENGAN OMEGA GUARD

Apakah Gout dan Penyebab Gout??

Gout sejenis penyakit yang menyebabkan serangan keradangan menyakitkan dalam satu atau lebih sendi. Ia adalah sejenis artritis (walaupun ia sangat berbeza dengan artritis reumatoid yang lebih biasa dan osteoartritis). Kesakitan serangan gout boleh menjadi teruk.

Gout disebabkan oleh bahan kimia di dalam darah yang dipanggil asid urik. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Kebanyakannya akan keluar melalui air kencing dan juga melalui usus (najis). Bagi pesakit gout jumlah asid urik dalam darah meningkat. Dari semasa ke semasa kandungan asid urik ini menjadi terlalu tinggi dan membentuk hablur asid urik. Hablur biasanya mengumpul dalam sendi. Hablur ini memberi kesan kepada tisu di dalam sendi menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan - serangan gout.

Mengapa paras asid urik meningkat?

Biasanya, terdapat keseimbangan di antara jumlah asid urik yang dihasilkan dengan jumlah yang dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Ini menyebabkan tahap asid urik di dalam darah seimbang. Walau bagaimanapun, bagi pesakit gout, buah pinggang mereka tidak dapat menapis keluar asid urik dalam kuantiti yang sepatutnya mengakibatkan kandungan asid urik dalam darah meningkat. Mereka dikatakan berada di bawah-excreters asid urik. Buah pinggang mereka tidak berfungsi secara normal.

Bagi sesetengah orang, paras asid urik meningkat mungkin disebabkan oleh beberapa faktor lain.
Antaranya:
  • Minum alkohol terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan paras asid urik
  • Tidak mempunyai vitamin C yang cukup dalam diet harian kita
  • Jika anda minum minuman ringan yang tinggi kandungan fruktosa ia boleh meningkatkan penghasilan asid urik. Satu kajian penyelidikan baru-baru ini mendapati bahawa pengambilan dua minuman ringan sehari meningkatkan risiko membangunkan gout sebanyak 85 %.
  • Penggemar organ dalaman seperti hati perlu berwaspada. Begitu juga sardin, ekstrak yis, atau makanan laut boleh meningkatkan tahap asid urik. Walau bagaimanapun, diet yang seimbang biasanya tidak mempunyai banyak kesan pada tahap asid urik.
  • Lebih banyak asid urik yang akan dihasilkan oleh badan daripada biasa jika seseorang itu berpenyakit kerana sel-sel badan yang mempunyai perolehan yang pesat. Sebagai contoh, psoriasis dan beberapa gangguan darah.
  • Mereka dengan keadaan tertentu yang lain juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout. Ini termasuk:
    • Obesiti.
    • Tekanan darah tinggi.
    • Kerosakan buah pinggang.
    • Kencing manis.
    • Gangguan sumsum tulang.
    • Penyakit vaskular.
    • Kecacatan enzim seperti kekurangan hypoxanthine guanine phosphoribosyltransferase (HGPRT) dan kekurangan glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD).

Adakah gout bahaya?


Serangan gout sangat menyakitkan. Walau bagaimanapun, kesan lain amat luar biasa. Kerosakan sendi boleh berlaku jika anda mempunyai serangan yang berulang. Sesetengah orang, hablur kristal asid urik akan membentuk batu buah pinggang atau boleh menyebabkan beberapa kerosakan buah pinggang. Kadang-kadang kristal akan membentuk lebam (tophi) di bawah kulit. Ini biasanya tidak berbahaya dan tidak menyakitkan tetapi kadang-kadang terjadi di tempat-tempat janggal seperti pada akhir jari.

Cara mencegah gout

  • Jika mempunyai berat badan berlebihan, cuba kurangkan kerana ini dapat membantu mengurangkan kandungan asid urik.
  • Makan bijaksana. Elakkan makanan berprotein tinggi dan kaya dengan purin seperti hati, sardin, kerang dan makanan laut yang lain.
  • minum air dengan banyak untuk elak dehidrasi.
Bagi pesakit gout, di samping mendapat rawatan daripada doktor, bolehlah juga mendapatkan supplement untuk gout keluaran SHAKLEE.


  • Alfalfa - bertindak menghilangkan toksin dari badan, membersihkan kolon dan darah
  • Omega guard - paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia memelihara fungsi sendi dan gout denngan efektif.
Anda boleh dapatkan set vitamin untuk gout ini sekarang!!

Hubungi saya:
waahida zulkipli
0136065090
id: 971611



Sunday 2 November 2014

GLA COMPLEX LEBIH BAIK DARIPADA EPO?

Zaman belajar dulu-dulu...ramai kawan-kawan yang syorkan untuk beli supplement EPO kat farmasi. Banyak brand yang fofular kat farmasi kan. Katanya EPO ni utk baiki hormon.  Waktu tu muka ada jerawat. Diorang cakap, mula-mula amik memang jerawat akan kuar banyak. Lama-lama dah takde yang keluar. Kononnya nak cuci dalaman la. So bagi kuar habis semua dulu. Tapi saya tak pernah beli pun...hihihi

Dulu, tak tau pun EPO tu apa sebenarnya. Setakat tahu nama penuh jelah...Evening Primrose Oil. Sekarang ni baru ada peluang untuk study. Maklumlah ramai yang tanya EPO dan GLA SHAKLEE tu sama ke?? Jom kita kongsi sama-sama.

Bunga Evening Primrose

Minyak Evening Primrose atau EPO ni dah lama digunakan sebagau ubat tradisional untuk ekzema, membaiki kitaran haid, gejala menopause, kencing manis dan kanser. Ia mengandungi gamma-linolenic acid (GLA). Maknanya EPO itu mengandungi GLA.

Shaklee juga ada produk GLA iaitu GLA Complex yang lebih baik daripada EPO. GLA Complex terhasil daripada biji bunga borage di mana 2 kali lebih tinggi berbanding dalam EPO. GLA Complex juga mengandungi vitamin E dan minyak bunga matahari.


Antara kelebihan GLA Complex:

  • menjadikan kulit berseri-seri
  • melegakan PMS
  • membantu meningkatkan kesuburan
  • membantu mengawal dan membaiki kitar haid
  • memperlahankan proses penuaan
  • membantu menangani ekzema
  • vitamin E di dalamnya dapat menguatkan dinding arteri
Hubungi saya untuk dapatkannya:
Waahida bt Zulkipli
013-6065090
id:971611



PENGIDAP PCOS MASIH ADA HARAPAN

Apa Itu PCOS?

Mungkin tak ramai yang tahu apa itu PCOS. PCOS adalah satu masalah reproduksi yang terjadi daripada ketidakstabilan hormon. Ia mengganggu sistem peranakan wanita kerana hormon wanita tidak seimbang.
Pengidap PCOS akan mengalami keadaan di mana ovarinya akan membengkak kerana ovum yang terperangkap di dalamnya dan tidak dapat menetas bila sudah matang.


Simptom PCOS

Antara simptom pengidap PCOS adalah:
  • Haid yang tidak teratur - Contohnya termasuk selang haid lebih lama daripada 35 hari, kurang daripada lapan kitaran haid setahun, gagal untuk datang haid selama empat bulan atau lebih; dan berpanjangan tempoh. 
  • Tahap hormon endrogen lebih tinggi - mengakibatkan tanda-tanda fizikal, seperti rambut yang berlebihan pada muka dan badan
  • Jerawat
  • Obesiti
Kesan-kesan daripada PCOS

Selain sukar untuk hamil, antara kesan-kesan lain yang mungkin adalah:
  • Tekanan darah tinggi
  • Risiko kepada penyakit kardiovaskular
  • Kolesterol dan lemak yang tidak normal
  • Pendarahan rahim
  • Kemurungan dan keresahan
Rawatan

Cara untuk merawatnya:
  • Penurunan berat badan jika masalah obesiti.
  • Doktor mungkin akan menetapkan jenis ubat yang boleh diambil mengikut kesesuaian tahap kesihatan pengidap PCOS.
  • Pil hormon daripada Shaklee iaitu GLA COMPLEX dapat membantu dalam menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid yang teratur.

Hubungi saya untuk dapatkan konsultansi...
Waahida Zulkipli
Whatsapp: 0136065090

Thursday 20 March 2014

Tips Memilih Soya Yang Baik

Banyak sangat jenama soya yang dijual di pasaraya ataupun kedai runcit. Macam2 iklan pun boleh kita lihat. Semuanya menyatakan kelebihan soya masing2. Tapi tahukah anda cara ataupun tips memilih soya yang baik? Jom sama2 kita lihat.

Tips Memilih Soya Yang Baik #1

  • Organik - kalau tak, nutirsinya akan berkurang. Penggunaan pesticides, fungicides dan herbicides sangatlah tidak elok.

Tips Memilih Soya Yang Baik #2

  • Non-GMO (Tidak diubahsuai secara genetik) - memerlukan modal yang banyak
    • Kebanyakan soya di pasaran adalah GMO di mana DNAnya telah dicampur sama ada dengan DNA haiwan ataupun tumbuhan dan menjadikannya tidak stabil. Kosnya lebih murah.
    • Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian Government Scientist menekankan bahawa berdasarkan kajian , toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan. Ia boleh mengakibatkan kesan alergy dan potensi kanserBahaya kan!!!
    • Non-GMO dihasilkan di bawah program yang digelar Identity Preservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses penanaman sehingga saat pemprosesannya.

Tips Memilih Soya Yang Baik #

  •  Perlu ada 9 asid amino perlu (badan tidak dapat hasilkannya)
    • Badan perlukan kesemua 9 asid amino untuk hasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim.
    • Jika salah satu hilang, keupayaan sistem imun akan menurun sebanyak 30% dan banyak fungsi badan yang penting akan terganggu.

Tips Memilih Soya Yang Baik #4

  • Tanpa Alkohol
    • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air.
    • Alkohol haram.
    • Alkohol akan musnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%.
    • Isoflavone diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser peparu, menyeimbangkan hormon dan menaikkan berat tulang.

Tips Memilih Soya Yang Baik #5

  • Tiada Bahan Anti-thyroid/anti-growth
    • Perlu disingkirkan melalui proses mengekstrak yang masih dapat mengekalkan kuantiti asib amino dan isoflavone.

Tips Memilih Soya Yang Baik #6

  • Tanpa pemanasan
    • Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang tinggi.
    • Dalam beberapa kajian, protein yang dimasak akan mengalami kemusnahan beberapa asid amino sehingga 50%.
    • Jika seseorang itu mengamalkan pengambilan asid amino yang tidak lengkap, perkembangan otak, hormon dan tisu2 badan yang lain akan berkurang.

Tips Memilih Soya Yang Baik #7

  • Ada Unsur Kalsium
    • Kajian menunjukkan bahawa serbuk soya sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang.
    • Unsur kalsium perlu ditambah secukupnya dalam soya itu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut.
    • Kebanyakan pengusaha/ pengeluar tidak menambah kalsium secukupnya.
Pilihlah soya yang baik untuk anda dan insan tersayang. Ingin dapatkan soya terbaik daripada Shaklee??
Hubungi saya:

Waahida Zulkipli
0136065090
Fanpage: Cikgu Super Vitamin

Wednesday 19 March 2014

Kebaikan dan Kelebihan ESP Shaklee

    Mac 2014 adalah bulan promosi ESP. Apa maknanya tu?? Buy 6 free 1 la. Apa kelebihan kalo beli 6 percuma 1 bulan ni??

  • Sah2 la anda akan dapat free 1 kalo beli 6 kan.
  • Beli 6 so bayar pun untuk 6 la. Tapi percuma 1...dah save banyak dah kat situ.
  • Bila dah beli 6, secara otomatik anda dah jadi ahli shaklee tanpa perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM75 tu. Untung kan.
  • Pastu 15 April nanti anda akan dapat pulak cashback sebanyak RM35. Free2 masuk akaun. Untung lagi. Tak nak ke??

Apakah Kebaikan dan Kelebihan ESP Shaklee?


Inilah antara kelebihan dan kebaikan ESP Shaklee. Satu-satunya soya Non-GMO dengan 9 asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Istimewa untuk anda, jika anda membeli ESP ini dari kami, anda akan dibekalkan dengan ebook spesel 11 Amazings ESP Recipes. Ebook ini hanya dari kami (tiada kaitan dengan pihak Shaklee). Di dalamnya terkandung 11 resepi istimewa ESP yang tentunya sedap dan sihat.

Ingin dapatkannya???Jom hubungi saya segera!!

Waahida Zulkipli
0136065090


Kelebihan Webinar Bersama Team Shaklee Kami


     "Dah ramai dah yang join ahli ni."
     "Ish...takpela...saya beli dengan akak jelah."
     Tapi sebenarnya banyak kelebihan bila anda daftar sebagai ahli Shaklee.

  • Boleh beli harga ahli
  • Jika pembelian atau point terkumpul bulan tu banyak, akan dapat cashback pertengan bulan depan
  • Dapat bantu tambah pendapatan keluarga 

      Disebabkan dah ramai orang yang sign in sebagai Shaklee Independent Distributor (SID), makanya anda, anda dan anda perlu bijak memilih untuk berdaftar di bawah sesiapa sahaja. Tapi dinasihatkan di sini, pilihlah upline yang betul2 dapat membantu dan membimbing anda walau dengan apa cara sekalipun. Tak semestinya pilih jiran sebelah rumah sebagai upline. No...no...no. Yang jauh tak bermakna sukar untuk anda mendapat coaching.
      Ingin saya nyatakan di sini, jika anda berada bersama-sama group Shaklee kami, anda sentiasa akan dibimbing oleh upline2 yang sangat hebat. YES!!! SENTIASA!!!
Bagaimana ye?? Melalui WEBINAR!! Webinar adalah salah satu kelebihan team Shaklee kami.


Apakah Webinar?

     Webinar adalah web conference di mana persidangan interaktif atau bengkel online. Webinar membolehkan aliran maklumat atau mesej berasaskan teks, suara atau video dikongsi bersama walaupun dalam lokasi yang jauh dengan adanya internet.
     Jika anda menyertai Team Shaklee kami, anda akan sentiasa dibimbing dengan pelbagai cara termasuklah webinar. Kebanyakan upline berada jauh dari kami, tapi itu bukan masalah besar pun. Dengan adanya upline2 yang super hebat, yang sentiasa membantu dan membimbing kami, InsyaAllah kami juga hebat seperti mereka. Ilmu yang dikongsi merangkumi pelbagai aspek. Bukan tertumpu kepada bisnes Shaklee sahaja malah rohani juga.

Apakah Kelebihan Webinar Team Shaklee Kami?

  • Untuk SID baru, anda akan diperkenalkan dengan bisnes Shaklee ni melalui perkongsian blog, video dan apa sahaja dengan orang lain. 
  • Anda akan diajar cara membuat blog dan fanpage sebagai medium bisnes online anda.
  • Anda akan diajak mendengar tentang kejayaan2 orang lain dalam team shaklee kami.
  • Dalam masa yang sama anda boleh bersoal jawab dengan speaker.
  • Dengan teknologi canggih sekarang ni, melalui telefon pintar pun dah boleh berwebinar. Sambil tidurkan anak, buat kerja rumah atau apa2 jelah. Mudahkan.
    Memang sangat bertuah berada dalam team Shaklee kami. Upline2 tidak akan tinggalkan anda terkontang kanting sendirian. Bimbingan, tunjuk ajar dan juga motivasi adalah makanan kami. 
Pilihan memang di tangan anda. Tapi pilihlah dengan bijak. Jika anda ingin menyertai dan merasai sendiri kelebihan team Shaklee kami, bolehlah hubungi saya

Waahida bt Zulkipli (SID Selama/Kamunting Perak)
0136065090
FB: wawa waahida
Page : Cikgu Super Vitamin



Monday 17 February 2014

Set Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil

Ibu hamil disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu makanan yang mengandungi nutrisi lengkap. Ini bukan untuk mama aje...tapi penting untuk tumbesaran bayi. Jadi, ibu2...mama2...mami2 perlulah mengambil vitamin yang sesuai untuk ibu hamil.

Selalu ditekankan kepada ibu2 untuk mengambil asid folik. Kenapa???? Pengambilan asid folik ketika hamil adalah untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah. Kekurangannya akan menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). Ia juga boleh mengganggu pembentukna otak. Jadi pengambilan vitamin untuk ibu hamil amatlah penting terutamanya asid folik seawal 3bulan sebelum hamil.

Selain itu, pengambilan kalsium, zat besi dan DHA juga sangat penting. Nutrien-nutrien ini boleh diperolehi melalui pemakanan yang seimbang. Tapi mampukah kita memastikan makanan yang diambil itu cukup nutriennya untuk diri sendiri dan juga bayi??? Shaklee mempunyai vitamin untuk ibu hamil.


  1. Vitalea
  • merupakan multivitamin dan multimineral
  • lengkap dengan zat besi dan 200mg asid folik
  • amat sesuai untuk mereka yang mempunyai Hb rendah 







2. B-Complex
        • lengkap dengan asid folik dan biotin
        • vitamin b1 - menggalakkan sistem pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, mencegah kelesuan dan tingkatkan stamina
        • vitamin b2 - memproses asid amino dan lemak, membantu mengaktifkan B6 dan asid folik.
        • vitamin b3 - membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan membantu dalam kesihatan kulit yang baik
        • vitamin b5 - membantu kurangkan stress fizikal/mental
3. Vitamin C
  • sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat
  • membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan
  • sangat penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh badan
  • mencantikan kulit wajah ibu-ibu






4. Ostematrix
  •  Bukan sahaj kalsium, malah mengandungi magnesium dan vitamin D(bantu penyerapan)
  • 1 biji mengandungi 250mg kalsium.
  • Kalsium untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Penting untuk rangsangan saraf dan elakkan kekejangna otot ketika hamil





5. ESP
  • Memberikan tenaga sepanjang hari
  • Membantu perkembangan fetus
  • Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel badan.






Dapatkan set vitamin shaklee untuk ibu hamil dengan harga yang berpatutan dan juga jadual pemakanan yang betul.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.
Waahida bt Zulkipli
sms/whatsapp 013-6065090
COD Selama, Taiping, Kamunting, Kulim

Saturday 11 January 2014

Set Detox Shaklee Selamat dan Semulajadi

Kebanyakan penyakit dapat dihubungkan dengan keadaan saluran usus yang bertoksik.

Tanda-tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan

  • Letih dan lesu
  • Lemah daya tumpuan dan ingatan
  • Sembelit
  • Timbul jerawat yang banyak 
  • Berat badan berlebihan
  • Rambut gugur dan kuku mudah patah
  • Sering sakit pada kepala, bahu dan leher
  • Cepat marah dan murung
  • Selalu sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi
Bagaimana untuk mengatasinya??Kita perlu melakukan proses detox. Proses detox ini bagi membuang toksin dan membolehkan penyerapan nutrien yang diperlukan oleh badan berlaku pada tahap yang optimum.

Asal usul toksin dalam badan

Toksin dalam badan bukan sahaja datang daripada makanan yang kita makan, tetapi juga daripada udara yang tercemar, bahan kimia seperti pestisida dan logam berat dalam air yang diminum dan ubat-ubatan yang diambil. Selain itu, sel-sel badan yang mati juga boleh menjadi toksin. Toksin ini melekat pada dinding usus.



Apakah Detox?

Proses detofsifikasi (detox) adalah proses pembersihan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Perlu ditekankan di sini, buang air besar setiap hari bukan jaminan proses pembuangan kita normal.
Organ yang menjadi target dalam proses detoks adalah usus besar (sistem pencernaan) dan hati (detoksifikasi).

Mengapa perlu detox?

Keseluruhan sel tubuh kita mendapat zat daripada darah. Darah yang membawa zat ini memperolehinya daripada usus. Jika toksin yang tebal melekat pada usus, bagaimana zat daripada makanan dapat diserap ke dalam darah?
Dalam usus kotor, bakteria berbahaya, kulat dan parasit membiak dengan cepat. Inilah yang dipanggil toksin. Ia secara langsung merosakkan dinding usus, mewujudkan lubang yang membolehkan toksin untuk memasuki aliran darah. Selain itu, mikroorganisma berbahaya ini menghasilkan sisa toksik yang meracuni seluruh badan, memberi kesan terutamanya kepada hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit, yang merupakan organ-organ  penting dalam badan.


Amatlah penting untuk kita menyahkan toksin ini dari badan bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius di samping memastikan penyerapan zat berlaku dengan sempurna.








Detox Bersama Set Detox Shaklee


  1. Herb lax - terdiri daripada 9 herba semulajadi
  • Licorice root - Membantu proses detoksifikasi
  • Senna Leaves - Meranhsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan minyak.
  • Buckhorn Bark - Melembutkan najis dan memudahkan pergerakan serta melembapkan usus.
  • Anise Seeds - Merangsnag pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • Blue Malva Flower - Membantu proses ditoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Fennel Seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan dan alkohol, membantu pencernaan serta berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut.
  • Rhubarb Root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik.
  • Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan.
  • Alfalfa Leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.
     2. Alfalfa -
  • Membersih darah, usus dan hati - makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, usus dan darah.
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.



BEBAS TOKSIN, HIDUP SIHAT!!

Hubungi saya untuk dapatkan set ini dengan harga superbb!
Waahida Zulkipli (971611)
0136065090
www.facebook.com/CikguSuperVitamin











Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...