- vena - merupakan salur darah yang membawa darah menuju ke jantung
- varikos - berpintal atau bersimpul
- injap - terdapat di dalam vena bertindak menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur
Apakah Vena Varikos
Saya pernah melihat urat di bahagian belakang betis seseorang kelihatan timbul dan berwarna biru. Itulah yang dikatakan vena varikos atau urat simpul.
Bagaimana Vena Varikos Terjadi?
Vena varikos atau urat simpul terjadi apabila tekanan darah di dalam vena terlalu tinggi. Ini menyebabkan kerosakan pada injap di mana injap vena tidak dapat berfungsi dengan baik seterusnya melemahkan dinding vena atau salur darah. Darah akan berkumpul di bahagian yang lemah ini. Dinding vena akan mula meregang dan mengendur. Dengan kata lain ia akan membengkak dan keadaan inilah yang dapat dilihat pada lapisan bawah kulit.
Risiko Yang Boleh Meningkatkan Tekanan Darah Dalam Vena
- Masalah berat badan (Gemuk)
- lapisan lemak yang tebal boleh menghalang aliran darah dari vena ke jantung.
- Kehamilan
- keadaan bayi yang sedang membesar akan menekan salur darah pada bahagian pelvik. Tekanan yang diterima ini menyukarkan lagi pergerakan darah dari kaki menuju ke jantung.
- Darah beku dalam vena
- berlaku pada mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.
- Penyakit lain seperti lemah jantung dan penyakit hati.
Simptom-simptom Vena Varikos
- bengkak tapak kaki dan buku lali
- rasa gatal dan tidak selesa pada bahagian urat simpul
- lengu kaki dan kaki terasa berat
- kerap terkena kejang otot
Adakah Vena Varikos Bahaya?
Keadaan ini bukanlah masalah serius melainkan ia terjadi pada wanita hamil iaitu di bahagian faraj dan dubur. Doktor akan mengawasinya sewaktu proses bersalin nanti kerana jika perineum terkoyak, akan berlaku pendarahan yang teruk.
Tips Meredakannya daripada Shaklee
- Vitamin E Comlex
- meningkatkan keanjalan salur darah
- memperbaiki peredaran darah dan mengukuhkan dinding kapilari dan salur darah
- Vitamin C
- menurunkan kecenderungan bekuan darah
- Bioflavonoid menggalakkan pemulihan dan mengurangkan lebam
- B-Complex
- diperkaya dengan asid folik, cobalamine, Pyrodixine di mana sangat perlu untuk mereka yang mempunyai gen yang mempunyai masalah urat dan saraf.
- Vitamin B3 membantu membaiki pengaliran darah dalam vena dan arteri
Hubungi saya, pengedar sah Shaklee anda:
Waahida Zulkipli
013-6065090
id : 971611
No comments:
Post a Comment
TQ FOR UR COMMENTS... :-)