Tuesday 18 November 2014

KETAHUI CARA MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA UNTUK MERANCANG KEHAMILAN

Waktu subur seseorang wanita sangat penting dalam merencanakan sesebuah keluarga. Dengan mengetahui waktu subur, usaha untuk mendapatkan anak atau ingin menjarakkan anak akan menjadi lebih mudah jika tiada sebarang masalah.
Jom baca bagaimana mengetahui waktu subur wanita.



  • Waktu subur wanita ialah waktu ketika satu sel telur sedia untuk disenyawakan dengan sperma di saluran tiub falapio yang terjadi sebulan sekali. Sel telur boleh hidup selama 1-2 hari.

  • Pada waktu subur ini terjadi perubahan fisiologi seperti lendir pada vagina lebih banyak, peningkatan suhu tubuh disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron dan perubahan pada payudara.

  • Lendir pada vagina ini dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar pangkal rahim (serviks). Lendir ini membantu sperma untuk hidup bagi menunggu sel telur matang (ovulasi). Pada waktu subur wanita, kemungkinan terjadinya persenyawaan sangat besar.
Mengira Waktu Subur Wanita
  • Masa subur wanita juga boleh dikira berdasarkan kitaran haid. Anda perlu mencatat kitaran haid secara teratur setiap bulan. Catat hari pertama haid sehingga hari terakhir. Ini adalah fasa pertama. (Hari 1 - 5)

  • Hari selepas hari terakhir haid, dikatakan fasa kedua atau fasa follicular. Paras hormon estrogen akan meningkat. Sel pembiakan wanita juga menjadi matang dan bersedia dibebaskan. Proses pelapasan telur ini dinamakan OVULASI atau WAKTU SUBUR WANITA. (Hari 6 - 14)

  • Jika suami isteri inginkan anak, maka lakukan hubungan intim pada waktu subur. Jika sebaliknya, hindarkan hubungan intim pada waktu subur atau menggunakan perancang kehamilan.

  • Jika tiada persenyawaan berlaku, telur akan mati dan dinding rahim yang kaya dengan salur darah akan luruh. Maka kitaran haid akan berulang. (Hari 15 - 28)

  • Jika kitar haid anda 28 hari, maka waktu subur terbaik adalah hari ke 14. Jika kitar haid 30 hari, waktu subur terbaik adalah hari ke-15. 

  • Jadi sekarang, bolehlah anda mengira waktu subur anda jika anda merancang untuk hamil. Untuk hamil, anda boleh melakukan hubungan intim pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 jika kitar haid adalah 28 hari.

  • Jika kitar haid 30 hari, anda boleh bersama pasangan pada hari ke 12, 13, 14, 15, 16, 17. Ini dikatakan waktu yang optimum.
Senang kan....Dengan syarat mesti catat waktu subur pada kalender. Bincang dan rancanglah bersama pasangan anda. InshaaAllah dimudahkan segalanya.

No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...