Saturday, 8 November 2014

PEMAKANAN YANG SIHAT MEMBEKALKAN VITAMIN DAN MINERAL SECUKUPNYA

Jangan ambil mudah ye pemakanan yang sihat ni. Pemakanan yang sihat ni sangat penting kerana ia akan membekalakn vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Perlu kita tahu, satu-satu jenis makanan tu hanya mengandungi sejumlah kecil beberapa jenis vitamin dan mineral.

Nak taknak...adik kakak abang memang kena makan banyak benda yang berbeza untuk memastikan adik kakak abang dapat semua vitamin dan mineral yang penting tu.

Waktu sekolah dulu kita pun ada belajar tentang piramid makanan kan. Ingat lagi tak?? Mana yang nak kena makan lebih...mana yang nak kena makan kurang. Adeeiiiii...susah jgk tuu.
Jom intai piring pemakanan yang sihat tu..

Bayangkan piring pemakanan sihat ni sebagai piring nasi kita. Hahaha...Biasanya yang mana kita amik banyak? So, mulai hari ni jom tukar kepada piring pemakanan sihat.

1. Roti, nasi, kentang dan pasta
  • kumpulan ini mengandungi banyak vitamin dan mineral
  • mengandungi karbohidrat yang banyak yang akan sentiasa memberi bekalan tenaga
  • 1/3 daripada semua makanan yang kita makan dalam sehari patut datang dari kumpulan ini.
2. Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • kaya dengan vitamin, mineral dan serat
  • serat ialah makanan yang tidak dapat dicerna oleh tubuh
  • tetapi serat penting agar sistem pencernaan berfungsi dengan berkesan
  • 1/3 daripada hidangan dalam sehari juga patut datang dari kumpulan ini.
3. Daging, ikan, telur dan kekacang
  • kaya dengan protein untuk membaiki dan membina sel baru
  • daging, ikan dan telur sangat kaya dengan vitamin B, zat besi dan protein
  • kekacang adalah rendah lemak
4. Susu dan makanan tenusu
  • membekalkan protein, lemak, vitamin larut lemak (A, D, E dan K)
  • banyak mineral terutama kalsium
5. Makanan mengandungi lemak atau gula
  • contoh: keropok, gula-gula, coklat, snek manis
  • juga tinggi kandungan garam
  • untuk sihat kita patut makan sikit sahaja makanan ini setiap hari.
Amalkan piring pemakanan yang sihat ini untuk kekal sihat cantik berseri gitu... :-)



No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...