Wednesday 18 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 5

Your Top 5 Songs of All Time

Dah beberapa hari stop sebab bercuti ye...huhu...so saya teruskan lagi dengan cabaran berblog 30 hari ini dengan tajuk seperti di atas.

Hmmmm...sejak bergelar mama ni dah kurang sangat jatuh cita dengan lagu. Tapi kalo nak tau zaman belajar dulu memang saya lah juara bab lagu2 cintan ni...
Saya ni penggemar lagu dari seberang ~ Melly Goeslow. Bermula dari zaman sekolah lagu "Jika". Ni masa form 4. Sekarang kalo dgr mesti terbayang zaman2 form 4 dulu. Waahhhhh gituuu....

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Lagu2 dari filem Ada Apa Dengan Cinta ~ Denting, Ada Apa Dengan Cinta, Seseorang. Lagu2 ni mengingatkan saya pada kawan2 waktu di UM dulu.
Satu lagi lagu tentunya lagu My Heart ~ Acha Septriasa. Dengar lagu ni teringat zaman bercinta dengan encik suami...Heeheehe

Ok...kita jumpa plk untuk hari ke6 ye...

Monday 16 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 4

All About Your Parents



Inilah orang yg paling penting dalam hidup saya selain suami dan anak2...mama dan papa.
Papa, Zulkipli bin Awang seorang guru. Mama, Nor'aini bt Ibrahim juga seorang guru. That's y lerr I pun jadi cikgu yeee....ehehehhe....
Papa..hmmm...sgt cool...jarang marah...dulu2 kalo nak mintak duit mmg mintak dgn dia...huhuhu.
Mama plk mestila kontra....heheheh....kami anak2 mmg takut kat mama ni. Tegas dan yang sewaktu dengannya la. Tapi tu waktu zaman kecik sehinggalah sebelum kawen..Sekarang biasa2 je.
Kedua2nya belum lagi pencen. Papa 56tahun dan mama 52tahun.
Tiap kali saya balik kampung mesti mama masak macam2. Tapi tiap kali mereka ke Perak, saya tempah je makanan....hahahahaha....takkan la daku nak masak masakan yang memang sah2 belajar dari mama kan..Mesti la nak jamu makanan lain dari lain..(huh alasan je tu...haha)
   Sejujurnya sekarang...bila tengok wajah mereka...saya akan berdoa dalam hati semoga Allah berikan kesihatan dan kesejahteraan buat mereka. Panjangkan umur mereka dan semoga saya diberi peluang untuk menjaga mereka di kala mereka sudah tidak mampu lagi..Aminnn

Cabaran Berblog 30hari - Day3

A Place or Thing That You Are In Love With

Tak tau nak letak apa...kalo difikir2kan of cos tempat yg memang melekap kat hati ni...tempat yg byk memori kenangan nan indah...
Tempat jatuh lagikan dikenang..
Inikan pula tempat berkasih sayang dgn teman2...
  Di sinilah segalanya bermula...


Alhamdulillah...lepas SPM saya diterima ke Pusat Asasi Sains UM. Saya adalah batch 01/02. Ditempatkan di Kolej Kediaman Kesebelas (sekarang dah tukar nama dah...). First time duk hostel...
Terlalu banyak kenangan di sini. Selepas setahun...sambung pulak di Institut Sains Matematik, Fakulti Sains UM jgk. Camane tak sayang UM kalo dah hampir 6 tahun saya "membesar" di sini (2001-2006).
Suka duka tawa nangis ria semua ada.
Ohhh...sangat2 rindu...






Saturday 14 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 2

Meaning Behind Your Blog Name

"Cikgu Vitamin"... idea nama oleh my bff...wahahhahaha....punya la takde idea nak reka nama blog...
Semoga saya menjadi Cikgu Vitamin yang betul2 pakar dalam vitamin...kesihatan...
Inilah kali pertama saya berblog dalam hidup. Blog ni pun suami saya yang buatkan waktu saya dalam pantang.
Semoga pengisian blog saya ni dapat dikongsi bersama.


Cabaran Berblog 30Hari - Day 1

About Me

Ini bagi menyahut cabaran berblog selama 30hari oleh Mama Rin...patutnya dah Day5 tapi daku baru nak mula...huhuhuhu....
Untuk Day1...jom berkenalan dengan saya...ehehhee

Nama saya Waahida bt Zulkipli...anak pertama dari 6 adik beradik. Dilahirkan pada 5 Julai 1983 (udah 30tahun ye) di Besut, Trg. Dibesarkan dan bersekolah sehingga form 5 di Besut jugak...of cos I Love Besut ketat2. 
Belajar dalam bidang Matematik Komputeran dan Industri di Universiti Malaya (2002-2006)...
Pastu menjadi mengajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut selama setahun (2007) sebelum sambung KPLI-SR di IPPPP (skrg IPG Kampus Pulau Pinang).
Sebelum posting, 11.12.08 saya diijabkabulkan dengan insan tersayang Nazmi Syazwan b Zalkafeli.


Kami dikurniakan 3orang anak(2 lelaki 1 perempuan). Sekarang saya menetap di Selama, Perak.
Impian yang tak pernah padam agar saya dapat pulang menetap di kampung halaman Besut, Terengganu satu hari ini (Oh indahnya!!!)

Guru Matematik yang sangat garang (Aaaauuummmmm...) dan kini berbisnes sket2 pulak. Bermula Jun 2013 saya telah mendaftar sebagai Pengedar Shaklee. Alhamdulillah saya bertemu dengan famili Shaklee yang memang hebat. Banyak yang saya belajar daripada famili ni. Impian dan harapan ingin berjaya dalam bisnes Shaklee. Teruja lihat ramai yang dah berjaya. Boleh lerr kalo nak ikot saya berSHAKLEE...
 Okehhh.....itu saja yang nak dikongsikan....semoga ketemu lagi n tak boring baca blog saya ye...





Thursday 14 November 2013

Pelbagai Khasiat VIVIX Shaklee Untuk Sihat Cantik Gojes

Inilah supplement dari Shaklee yang sangat2 gojess dan harganya boleh tahan mahal jugak...Mahal2 pun setanding la dengan khasiatnya...
Vivix mengandungi camnpuran botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi.
Vivix juga dikenali sebagai sirap Shaklee kerana ia berwarna merah pekat. Ia merupaka supplement pertama yang mampu menembusi DNA manusia.
Jom tengok khasiat Vivix.

  1. Perlindungan Antioksidan
  2. Menyokong kesihatan otak
  3. Menyokong sistem imun
  4. Menyokong kesihatan jantung
  5. Menyokong kesihatan sendi
  6. Menyokong fungsi kardiovaskular
  7. Kesihatan keseluruhan
  8. Membantu mengelakkan kanser
  9. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  10. Mengurangkan kompilasi diabetes
  11. Menyokong kesihatan mata
  12. Untuk pesakit Gout (uric acid tinggi)
Barang yang baik dan elok memanglah mahal dari segi harga. Tapi ukurlah dengan khasiat yang ada padanya. InsyaAllah dengan usaha dan doa...pasti mujarab..

sms/whatsapp untuk dapatkan harga yang menarik sekarang
0136065090-waahida zulkipli

Sunday 6 October 2013

Kandungan dan Kelebihan OmegaGuard Shaklee

Apakah Kandungan OmegaGuard Shaklee? (Minyak Ikan Terbaik Dunia)

1. Omega-3 EFA (330mg)
2. EPA (180mg)
3. DHA (120mg)

Apakah Kelebihan OmegaGuard Shaklee?

Omega-3 EFA
1. Asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita dan perlu mengambilnya daripada makanan. Perlu diketahui di sini, omega-3 dari asas tumbuhan tidak dapat ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.
2. Membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalangnprostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.
3. Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
4. Daripada kajian yang telah dilakukan, ia dapat mencegah kanser paru-paru, prostat dan kolon.
5. Merangsang kesihatan hati
6. Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih aktif.
7. Paras omega-3 larut dalam tisu rawan. Ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
8. Mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.

EPA dan DHA
1. Mencegah penyakit saluran darah dan strok - menentang thrombosis, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Ia membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.
2. Merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu tubesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
4. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Susu iu mengandungi kandungan DHA yang tinggi.
5. Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.
6. Mencegah penyakit Alzheimer.
7. Memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain.

OmegaGuard Shaklee dihasilkan elalui penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium,dioksin dan PCB.


waahida zulkipli
0136065090


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP

APAKAH KELEBIHAN ESP??
1. Kulit jadi cantik, licin, halus dan membantu menghilangkan jerawat.
2. Memberikan tenaga dan badan kurang letih.
3. Meningkatkan kualiti memori.
4. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot.
5. Mengurangkan kedutan dan anti-penuaan.
6. Membantu merendahkan paras kolesterol.
7. Mencegah risiko osteoporosis dan penyakit jantung.
8. Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur.
9. Membaiki masalah pigmentasi.
10. Mencegah migrain, imsonia dan tekanan.

Satu hidangan bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Hubungi saya...
waahida zulkipli
013-6065090

Tuesday 1 October 2013

KEHEBATAN SET MENYUSU BAJET SHAKLEE

"Banyak ke susu awak?"..."Makan apa susu banyak je?"...soalan orang selalu orang tanya bila saya cakap nak balik susukan anak jap. Alhamdulillah rezeki anak kan. Niat nak susukan anak mesti ada. Tapi niat je tak berbaloi dik non oiii....kena ada usaha la jugak ye. Mesti buat jadual pam dan juga amik supplement. Supplement apa??
Ohhh...tentunya SHAKLEE pilihanku..


Kenapakah???
Hmm...sangat istimewa...sila baca kat mana istimewanya tu...


  • ESP

- Membekalkan protein yang cukup untuk ibu dan bayi
- Susu jadi pekat
- Bila dah cukup protein, badan kita pun takdelah cepat penat
- Memberi tenaga
- Bonus untuk kulit. Kulit jadi halus mulus gebus.

  • Alfalfa
- Menggalakkan peningkatan susu ibu/ milk booster
- Membantu masalah penghadaman
- Sebagai kacip fatimah untuk wanita
- Membantu merawat keputihan


So, apalagi? Jom cuba Set Menyusu Bajet Shaklee...Takkan rugi. Untuk kita dan juga insan yang kita sayang.
Hubungi saya segera untuk dapatkan Set Menyusu Bajet Shaklee dengan harga besttt...

waahida zulkipli
0136065090

Tuesday 25 June 2013

SET HAMIL SHAKLEE


Assalamualaikum wbt kawan2 semua!!!!!

Disini saya ingin berkongsi maklumat mengenai SET HAMIL SHAKLEE yang menjadi pilihan ibu-ibu mengandung. Ibu-ibu mengandung memerlukan sesuatu yang terbaik untuk bayi yang dikandungnya.

Setiap ibu mengetahui dirinya hamil adalah saat yang sangat mengembirakan hati ibu2. Tapi....... kalau awal2 kehamilan ada masalah atau alahan ia akan menyebabkan ibu akan berasa kurang semangat dan bertenaga.

So, tanpa panjang bicara yang panjang berjela saya perkenalkan SET HAMIL SHAKLEE....

SET HAMIL SHAKLEE ( TRISMESTER PERTAMA )

Set ini mengandungi :-

1. VITALEA - Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah.


2. B-complex - Mengandungi sebanyak 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel-sel darah merah di dalam badan.



3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan , berperanan dalam menyokong tulang , gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat.


4 Ostematrix -  Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang, kebas-kebas atau kekejangan otot.


5. ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ia juga memberikan TENAGA kepada ibu.


SET HAMIL SHAKLEE UNTUK TRIMESTER 2 DAN 3

Ibu-ibu perlu mengambil semua vitamin-vitamin seperti di atas dan hanya perlu menambah satu lagi vitamin iaitu :-

OMEGA GUARD - Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang mengalakkan perkembangan otak , sistem saraf dan fungsi mata bayi.



SET HAMIL LENGKAP

 Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya di

FB  : wawa waahida
SMS / Call : 013-6065090

Dapatkan SET HAMIL SHAKLEE ini 
dengan HARGA ISTIMEWA.

BERILAH YANG TERBAIK BUAT BAYI ANDA BERMULA DARI DALAM KANDUNGAN LAGI

Pengedar/ Distributor SHAKLEE area Selama, Kamunting, Taiping dan Kulim sama waktu dengannya

Assalamualaikum semua.......

bagi kawan-kawan yang ingin mengetahui atau memesan produk SHAKLEE boleh berbuat demikian pada saya. Saya merupakan SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR ( SID ) yang SAH dengan ID 971611 di seluruh MALAYSIA .             



Untuk dapatkan produk kesihatan,kecantikan dan daily care SHAKLEE

bolehlah menghubungi saya,

Waahida bt Zulkipli 
Call/SMS : 013-6065090
FB : wawa waahida

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan vitamin keluarga anda dengan FREE DELIVERY









 

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...