Saturday, 14 December 2013

Cabaran Berblog 30Hari - Day 1

About Me

Ini bagi menyahut cabaran berblog selama 30hari oleh Mama Rin...patutnya dah Day5 tapi daku baru nak mula...huhuhuhu....
Untuk Day1...jom berkenalan dengan saya...ehehhee

Nama saya Waahida bt Zulkipli...anak pertama dari 6 adik beradik. Dilahirkan pada 5 Julai 1983 (udah 30tahun ye) di Besut, Trg. Dibesarkan dan bersekolah sehingga form 5 di Besut jugak...of cos I Love Besut ketat2. 
Belajar dalam bidang Matematik Komputeran dan Industri di Universiti Malaya (2002-2006)...
Pastu menjadi mengajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut selama setahun (2007) sebelum sambung KPLI-SR di IPPPP (skrg IPG Kampus Pulau Pinang).
Sebelum posting, 11.12.08 saya diijabkabulkan dengan insan tersayang Nazmi Syazwan b Zalkafeli.


Kami dikurniakan 3orang anak(2 lelaki 1 perempuan). Sekarang saya menetap di Selama, Perak.
Impian yang tak pernah padam agar saya dapat pulang menetap di kampung halaman Besut, Terengganu satu hari ini (Oh indahnya!!!)

Guru Matematik yang sangat garang (Aaaauuummmmm...) dan kini berbisnes sket2 pulak. Bermula Jun 2013 saya telah mendaftar sebagai Pengedar Shaklee. Alhamdulillah saya bertemu dengan famili Shaklee yang memang hebat. Banyak yang saya belajar daripada famili ni. Impian dan harapan ingin berjaya dalam bisnes Shaklee. Teruja lihat ramai yang dah berjaya. Boleh lerr kalo nak ikot saya berSHAKLEE...
 Okehhh.....itu saja yang nak dikongsikan....semoga ketemu lagi n tak boring baca blog saya ye...





No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...