Friday, 3 July 2015

Kenali Warna Najis Bayi Anda Sama Ada Normal Atau Tidak

Kenali Warna Najis


Ibu...Mama...Umi...Ayah...Dedi...janganlah pandang remeh warna najis bayi. Sebabnya warna najis tu membawa makna tersendiri sama ada anak kita sihat atau tidak.
Saya juga pernah mengalaminya. Bulan lepas, anak saya yang umur 4tahun demam panas baru-baru ini. Suhu mencecah 41darjah Celcius. Kena tahan wad. Bermula dengan demam yang selalu sgt on off. Rupa2nya ada jangkitan kuman kencing kotor. Doktor cakap perempuan memang senang kena kencing kotor. Bila ke hospital, kumannya dah sangat2 banyak. Tiap2 hari kena amik darah.
waktu dia demam tu, najis dia warna hitam. Orang cakap kalau hitam takot ada pendarahan dalaman. Ya Allah, risau sangat. Tapi nurse hospital tu kata, mungkin sebab pengambilan antibiotik yang banyak. Alhamdulillah, selepas 4hari 3malam di hospital, demamnya dah ok. Tapi antibiotik masih diteruskan selama seminggu lebih. Dan sekarang saya pantau najis anak saya.

Sekarang..saya nak share warna-warna najis dan maksud yang terselindung di sebaliknya. HIHIHI...
Pertamanya, warna2 najis ni bergantung kepada:

  • umur anak
  • breastfeeding atau susu formula
  • makanan yang dimakan
#1: Bayi baru lahir : Meconium


  • warna hijau-hitam
  • melekit
  • tekstur seperti tar
  • terdiri daripada mukus, cecair amnion, dan semua benda yang bayi telan sewaktu dalam rahim
  • sukar dibersihkan sebab melekit tetapi petanda baik bahawa usus bayi bekerja secara normal.
#2: Bayi yang menyusu daripada ibu

  • Kolostrum bertindak sebagai julap, membantu menolak meconium daripada badan bayi.
  • Selepas kira-kira 3hari menyusu daripada ibu, najis bayi berubah secara beransur-ansur.
  • berubah daripada warna hijau-hitam kepada mustard kuning.
  • bau sedikit manis 
  • tekstur ringan/cair
  • bayi akan kerap buang air besar pada awal2 kelahiran
  • biasanya 4kali sehari pada minggu pertama
  • Ianya akan menjadi rutin setiap hari di mana ibu dapat tahu waktu bayi membuang air besar.
#3: Bayi yang diberi susu formula

  • najisnya berbeza dari bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya
  • tekstur kasar kerana susu formula tidak dapat dicerna dengan sepenuhnya
  • warna kuning pucat atau kuning-coklat
  • berbau kuat seperti orang dewasa
  • bayi akan lebih cenderung untuk sembelit
#4: Bayi yang diberi makanan pepejal

  • bila dah mula makan, najis bayi akan berubah
  • najisnya akan dipengaruhi oleh apa yang dimakannya
  • jika bayi diberi puti lobak merah, najisnya akan menjadi oren
Bagaimana pula kalau najis yang tidak normal?

#5: Cirit-birit

  • najis yang sangat cair
  • kadang2 jumlah yang lebih banyak
  • lebih kerap
  • jika tidak sembuh dalam masa 24 jam, berjumlah dengan doktor
#6: Sembelit


  • muka bayi merah meneran semasa membuang air besar.
  • sukar membuang air besar
  • najis berbentuk seperti batu-batu kecil dan kering
  • kadang-kadang terdapat sedikit darah akibat luka kecil pada dubur
  • bayi yang diberi susu ibu jarang mengalami masalah ini kerana susu ibu mempunyai semua nutrien yang diperlukan

#7: Najis Hijau


  • mungkin bayi terlalu banyak laktosa
  • mungkin juga terlebih penyusuan atau kurang penyusuan
  • kemungkinan juga ada kuman dalam perut bayi
  • jika berterusan, berjumpalah dengan doktor
#8: Najis bercampur darah

  • ini akan berlaku jika bayi sembelit
  • terdapat luka pada bahagian dubur
  • dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah lain.




No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...