Tapi sebenarnya...untuk kekal muda dan bertenaga baik lelaki mahupun wanita, ia datang dari dalam. Kita perlu menjaga kecantikan kita dari dalaman.
Kulit Muda vs Kulit Tua |
Terdapat TUJUH makanan yang akan membuat anda kelihatan lebih muda lagi. Check it out!!!
Tips #1: Avocado
Avocado mengandungi vitamin A yang dapat membantu membersihkan sel kulit yang mati
Kandungan vitamin A dalam alpukat dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Antioksidan pula berperanan untuk mendetoksifikasi tubuh untuk mengeluarkan semua toksin. Toksin yang banyak di dalam badan menyumbang kepada kulit yang tidak sihat serta kering. Bila dah kering tu mudah la pulak kulit tu jadi berkedut. Hah...kan dah nampak tua.
Tips #2: Buahan dan Sayuran Berasaskan Air
Air sangat penting unutk tubuh badan kita termasuklah untuk kekal muda. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kulit menjadi kering, menggelupas dan nampak tidak bermaya. Selain meminum air secukupnya setiap hari, mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berasaskan air juga dapat membantu mengekalkan paras air dalam badan. Antaranya ialah buah tembikai, timun dan buah-buahan sitrus.
Tips #3: Jambu Batu
Jambu batu sangat baik untuk kecantikan kulit kerana mengandungi vitamin C. Dikatakan bahawa kandungan vitamin C dalam jambu batu adalah 4 kali lebih tinggi daripada buah-buahan sitrus. Vitamin C berperanan untuk menjaga sel-sel kulit agar bebas kedutan.
Tips #4: Tiram
Tiram dikatakan mengandungi 16-182mg zink dalam setiap 100g hidangan (sumber: Healthalicious). Zink berperanan unutk membaiki kerosakan pada sel-sel badan termasuk sel kulit. Jika kita banyak terdedah kepada cahaya matahari, kulit akan menjadi rosak. Maka dengan adanya zink, ia dapat memulihkannya.
Tetapi jika difikirkan, mampukan kita memakan tiram setiap hari?
Dengan pengambilan zinc comlex Shaklee ini, anda dapat khasiat zink yang diperlukan oleh kulit. Lebih murah dan jimat!
Tips #5: Ubi Keledek
Ia mengadungi beta-karotena yang dapat mngimbangi pH kulit kita. Ia juga dapat menghalang kulit dari kering, menggalakkan pertumbuhan sel baru menggantikan sel lama dan menjadikan kulit halus mulus.
Tips #6: Buah Beri
Buah beri adalah antara yang tertinggi kandungan antioksidan. Buah beri biru, beri hitam dan strawberi adalah antara yang mengandungi antioksidan yang paling tinggi. Apa fungsi antioksidan? Antioksidan dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan pada kulit.
Tips #7: Asid lemak omega
Asid lemak berperanan sebagai laluan untuk nutrien masuk ke dalam sel dan bahan buangan keluar dari sel (Ann Yelmokas McDermott, PhD, a nutritionist at the Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging at Tufts University in Boston)
Omega 3 terdiri daripada tiga asid EPA, DHA dan ALA. ALA boleh didapati dalam biji rami, dan benih chia. DHA dan EPA yang terdapat dalam alga, spirulina, alga biru-hijau, dan chlorella.
Omega Guard Shaklee ini mengandungi 1001 khasiat dan salah satunya untuk kesihatan kulit. Ia membantu menstabilkan protein di dalam kulit bagi memastikan kulit kekal anjal. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, parut jerawat dan ruang pori terbuka.
Untuk dapatkan vitamin unutk kekal muda, bolehlah hubungi saya:
Waahida bt Zulkipli (id: 971611)
Tel : 013-6065090
Emel : waahida83@gmail.com
No comments:
Post a Comment
TQ FOR UR COMMENTS... :-)