Monday 6 July 2015

Tips Menjaga Kaki Anak Yang Mulus


Setiap ibu bapa tak sabar nak tunggu anak-anak boleh berjalan kan...Mana taknya dah lama mengidam nak beli kasut-kasut cantik dan nak tengok anak pakai sambil berjalan terkedek-kedek...hihi
Tapi sebenarnya nak membeli kasut anak ni ada tip dan kekdahnya. Moh lerrr kita semak ye...

#1: Dalaman Kasut

  • Lembut dan mudah dilentur seperti kasut yang bertapak lembut
  • Ruang jejari mestilah lebar untuk memudahkan pergerakan jari kaki anak
#2: Ukuran
  • Sebelum membeli kasut, cuba dulu kasut itu di kaki anak
  • Biarkan anak dalam keadaan berdiri sewaktu mencubanya.
  • Pilih kasut yang sesuai dengan ukuran anak.
  • Biarkan juga dia berjalan ke seluruh kedai untuk memastikan keselesaannya.

#3: Reka Bentuk
  • Jangan beli kasut yang runcing di bahagian depan. Nanti pergerakan  jari kaki akan tersekat. Kaki anak juga akan berasa sakit.
  • Bagi anak perempuan, janganlah beli kasut yang bertumit tinggi.
  • Sentiasalah periksalah kaki anak untuk memastikan tida terpelecet atau luka.
#4: Pembuatan Kasut
  • Pastikan kasut anak diperbuat daripada bahan lembut dan fleksibel.
  • Jika keras kasut itu, ia berisiko akan mengganggu perkembangan tulang kaki. Ini menjadikan bentuk kaki anak tidak berkembang dengan betul.
#5: Ringan
  • Kasut ringan adalah yang terbaik untuk anak yang baru boleh berjalan.
  • Ia memudahkan pergerakan dan mengelakkan daripada mudah terjatuh.
  • Kasut berat menyukarkan pergerakan anak ketika bermain.
#6: Mudah dipakai
  • Belilah kasut yang mudah dipakai dan mudah ditanggalkan oleh anak.
  • Kasut jenis velcro yang digunakan sebagai pengganti tali pada kasut amat sesuai untuk anak.

Jadi, pastikan kita menyediakan kaki yang betul-betul sesuai untuk anak kita. Kadang-kadang nampak cantik, tapi belum tentu anak kita selesa dengannya. Antara tip lain ialah:
  • Beli kasut yang mrmpunyai warna terang.
  • Elakkan menggunakan kasut orang lain kerana setiap ukuran kaki adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak.
  • Tidak semua jenis dan rekaan kasut sesuai dengan kaki anak.
  • Biasakanlah mencuba kasut pada kaki anak sebelum membelinya.

No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...