Inilah antara soalan yang sering saya dengar. Banyak lagi sebenarnya yang ditanya. Jadi, saya perlu terangkan dengan baik agar diorang betul-betul faham. maklumlah tahap pemahaman budak2 ni tak sama dengan orang dewasa.
Jom kita sama-sama tengok 7 panduan untuk ajar anak jaga kebersihan.
Cara #1: Basuh Tangan
Mencuci tangan ni perkara penting. Saya selalu pesan kat anak-anak saya untuk cuci tangan dengan sabun lepas bermain. Bukan sebelum dan selepas makan sahaja...Ini penting untuk elakkan penyebaran kuman kepada adik-beradik yang lain. Kadang-kadang time saya suapkan makan pun, diorang akan basuh jugak tangan sebelum makan. Selepas makan pun basuh lagi walaupun mama yang suapkan. Hihihi...
Cara #2: Jangan Sentuh Mata, Mulut dan Hidung
Bakteria sebenarnya mudah memasuki badan melalui bahagian ini. Bahagian ini jika disentuh berulang kali, mudahlah bakteris memasuki badan. Pastikan tangan dibasuh selepas menyentuh mata, mulut atau hidung terutama apabila ingin menjamah hidangan makanan.
Ajarlah anak-anak untuk mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Pagi, tengahari dan petang. Jika sudah biasa, mereka akan jadikannya sebagai rutin apabila sudah bersekolah nanti. Pulang je dari sekolah, mereka akan terus mandi. Ketika mandi, ajar juga anak untuk syampu dan gunakan sabun. Kanak-kanak kecil sememangnya suka bermain dengan air.
Cara #4: Kebersihan Gigi
Menjaga kebersihan gigi adalah cara yang baik untuk penjagaan kebersihan mulut. Jadikan rutin memberus gigi waktu pagi dan malam. Anak-anak saya memang pantang jumpa berus gigi. Suka sangat nak memberus gigi. Bagitau anak-anak apabila gigi bersih, adik akan nampak cantik dan gigi pun takkan rosak.
Cara #5: Tutup Mulut
Bakteria mudah tersebar melalui bersin dan batuk. Ajar anak-anak untuk menutup mulut atau hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk. Kadang-kadang perkara ni kita tak nampak, Bila anak dah besar baru kita nak ajar. Mulakanlah dari kecil
Cara #6: Kemas Barang
Sering kita lihat, remaja yang tak suka kemaskan tempat tidur. Bila ke sekolah dibiarkan aje selimut tidak berlipat dan bantal tidak disusun. Kenapa? Sebab mereka kurang diasuh dari kecil. Sebelum ke sekolah, saya akan pastikan anak-anak saya kemaskan tempat tidur mereka. Kadang-kadang diorang tidur di depan tv...diangkutnya semua bantal. Saya akan pastikan mereka susun balik bantal ke dalam bilik dan kemas tempat yang dah berselerak.
Alatan permainan juga begitu. Selepas main, saya akan minta mereka kemas semula ke dalam bakul. Susun bakul kat tempat sepatutnya.
Bukan mudah sebenarnya untuk mengajar anak-anak. Proses belajar itu akan mengambil masa. Kita sebagai ibu bapa perlulah ada tahap kesabaran yang super tinggi. Insya Allah, anak-anak kita akan menjadi anak yang terbaik.
No comments:
Post a Comment
TQ FOR UR COMMENTS... :-)