Monday, 17 February 2014

Set Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil

Ibu hamil disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu makanan yang mengandungi nutrisi lengkap. Ini bukan untuk mama aje...tapi penting untuk tumbesaran bayi. Jadi, ibu2...mama2...mami2 perlulah mengambil vitamin yang sesuai untuk ibu hamil.

Selalu ditekankan kepada ibu2 untuk mengambil asid folik. Kenapa???? Pengambilan asid folik ketika hamil adalah untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah merah. Kekurangannya akan menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). Ia juga boleh mengganggu pembentukna otak. Jadi pengambilan vitamin untuk ibu hamil amatlah penting terutamanya asid folik seawal 3bulan sebelum hamil.

Selain itu, pengambilan kalsium, zat besi dan DHA juga sangat penting. Nutrien-nutrien ini boleh diperolehi melalui pemakanan yang seimbang. Tapi mampukah kita memastikan makanan yang diambil itu cukup nutriennya untuk diri sendiri dan juga bayi??? Shaklee mempunyai vitamin untuk ibu hamil.


  1. Vitalea
  • merupakan multivitamin dan multimineral
  • lengkap dengan zat besi dan 200mg asid folik
  • amat sesuai untuk mereka yang mempunyai Hb rendah 







2. B-Complex
        • lengkap dengan asid folik dan biotin
        • vitamin b1 - menggalakkan sistem pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, mencegah kelesuan dan tingkatkan stamina
        • vitamin b2 - memproses asid amino dan lemak, membantu mengaktifkan B6 dan asid folik.
        • vitamin b3 - membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan membantu dalam kesihatan kulit yang baik
        • vitamin b5 - membantu kurangkan stress fizikal/mental
3. Vitamin C
  • sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat
  • membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan
  • sangat penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh badan
  • mencantikan kulit wajah ibu-ibu






4. Ostematrix
  •  Bukan sahaj kalsium, malah mengandungi magnesium dan vitamin D(bantu penyerapan)
  • 1 biji mengandungi 250mg kalsium.
  • Kalsium untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Penting untuk rangsangan saraf dan elakkan kekejangna otot ketika hamil





5. ESP
  • Memberikan tenaga sepanjang hari
  • Membantu perkembangan fetus
  • Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel badan.






Dapatkan set vitamin shaklee untuk ibu hamil dengan harga yang berpatutan dan juga jadual pemakanan yang betul.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.
Waahida bt Zulkipli
sms/whatsapp 013-6065090
COD Selama, Taiping, Kamunting, Kulim

Saturday, 11 January 2014

Set Detox Shaklee Selamat dan Semulajadi

Kebanyakan penyakit dapat dihubungkan dengan keadaan saluran usus yang bertoksik.

Tanda-tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan

  • Letih dan lesu
  • Lemah daya tumpuan dan ingatan
  • Sembelit
  • Timbul jerawat yang banyak 
  • Berat badan berlebihan
  • Rambut gugur dan kuku mudah patah
  • Sering sakit pada kepala, bahu dan leher
  • Cepat marah dan murung
  • Selalu sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi
Bagaimana untuk mengatasinya??Kita perlu melakukan proses detox. Proses detox ini bagi membuang toksin dan membolehkan penyerapan nutrien yang diperlukan oleh badan berlaku pada tahap yang optimum.

Asal usul toksin dalam badan

Toksin dalam badan bukan sahaja datang daripada makanan yang kita makan, tetapi juga daripada udara yang tercemar, bahan kimia seperti pestisida dan logam berat dalam air yang diminum dan ubat-ubatan yang diambil. Selain itu, sel-sel badan yang mati juga boleh menjadi toksin. Toksin ini melekat pada dinding usus.



Apakah Detox?

Proses detofsifikasi (detox) adalah proses pembersihan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Perlu ditekankan di sini, buang air besar setiap hari bukan jaminan proses pembuangan kita normal.
Organ yang menjadi target dalam proses detoks adalah usus besar (sistem pencernaan) dan hati (detoksifikasi).

Mengapa perlu detox?

Keseluruhan sel tubuh kita mendapat zat daripada darah. Darah yang membawa zat ini memperolehinya daripada usus. Jika toksin yang tebal melekat pada usus, bagaimana zat daripada makanan dapat diserap ke dalam darah?
Dalam usus kotor, bakteria berbahaya, kulat dan parasit membiak dengan cepat. Inilah yang dipanggil toksin. Ia secara langsung merosakkan dinding usus, mewujudkan lubang yang membolehkan toksin untuk memasuki aliran darah. Selain itu, mikroorganisma berbahaya ini menghasilkan sisa toksik yang meracuni seluruh badan, memberi kesan terutamanya kepada hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit, yang merupakan organ-organ  penting dalam badan.


Amatlah penting untuk kita menyahkan toksin ini dari badan bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius di samping memastikan penyerapan zat berlaku dengan sempurna.








Detox Bersama Set Detox Shaklee


  1. Herb lax - terdiri daripada 9 herba semulajadi
  • Licorice root - Membantu proses detoksifikasi
  • Senna Leaves - Meranhsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan minyak.
  • Buckhorn Bark - Melembutkan najis dan memudahkan pergerakan serta melembapkan usus.
  • Anise Seeds - Merangsnag pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • Blue Malva Flower - Membantu proses ditoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Fennel Seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan dan alkohol, membantu pencernaan serta berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut.
  • Rhubarb Root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina sebagai antibiotik.
  • Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan.
  • Alfalfa Leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.
     2. Alfalfa -
  • Membersih darah, usus dan hati - makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, usus dan darah.
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.



BEBAS TOKSIN, HIDUP SIHAT!!

Hubungi saya untuk dapatkan set ini dengan harga superbb!
Waahida Zulkipli (971611)
0136065090
www.facebook.com/CikguSuperVitamin











Wednesday, 18 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 5

Your Top 5 Songs of All Time

Dah beberapa hari stop sebab bercuti ye...huhu...so saya teruskan lagi dengan cabaran berblog 30 hari ini dengan tajuk seperti di atas.

Hmmmm...sejak bergelar mama ni dah kurang sangat jatuh cita dengan lagu. Tapi kalo nak tau zaman belajar dulu memang saya lah juara bab lagu2 cintan ni...
Saya ni penggemar lagu dari seberang ~ Melly Goeslow. Bermula dari zaman sekolah lagu "Jika". Ni masa form 4. Sekarang kalo dgr mesti terbayang zaman2 form 4 dulu. Waahhhhh gituuu....

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

Lagu2 dari filem Ada Apa Dengan Cinta ~ Denting, Ada Apa Dengan Cinta, Seseorang. Lagu2 ni mengingatkan saya pada kawan2 waktu di UM dulu.
Satu lagi lagu tentunya lagu My Heart ~ Acha Septriasa. Dengar lagu ni teringat zaman bercinta dengan encik suami...Heeheehe

Ok...kita jumpa plk untuk hari ke6 ye...

Monday, 16 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 4

All About Your Parents



Inilah orang yg paling penting dalam hidup saya selain suami dan anak2...mama dan papa.
Papa, Zulkipli bin Awang seorang guru. Mama, Nor'aini bt Ibrahim juga seorang guru. That's y lerr I pun jadi cikgu yeee....ehehehhe....
Papa..hmmm...sgt cool...jarang marah...dulu2 kalo nak mintak duit mmg mintak dgn dia...huhuhu.
Mama plk mestila kontra....heheheh....kami anak2 mmg takut kat mama ni. Tegas dan yang sewaktu dengannya la. Tapi tu waktu zaman kecik sehinggalah sebelum kawen..Sekarang biasa2 je.
Kedua2nya belum lagi pencen. Papa 56tahun dan mama 52tahun.
Tiap kali saya balik kampung mesti mama masak macam2. Tapi tiap kali mereka ke Perak, saya tempah je makanan....hahahahaha....takkan la daku nak masak masakan yang memang sah2 belajar dari mama kan..Mesti la nak jamu makanan lain dari lain..(huh alasan je tu...haha)
   Sejujurnya sekarang...bila tengok wajah mereka...saya akan berdoa dalam hati semoga Allah berikan kesihatan dan kesejahteraan buat mereka. Panjangkan umur mereka dan semoga saya diberi peluang untuk menjaga mereka di kala mereka sudah tidak mampu lagi..Aminnn

Cabaran Berblog 30hari - Day3

A Place or Thing That You Are In Love With

Tak tau nak letak apa...kalo difikir2kan of cos tempat yg memang melekap kat hati ni...tempat yg byk memori kenangan nan indah...
Tempat jatuh lagikan dikenang..
Inikan pula tempat berkasih sayang dgn teman2...
  Di sinilah segalanya bermula...


Alhamdulillah...lepas SPM saya diterima ke Pusat Asasi Sains UM. Saya adalah batch 01/02. Ditempatkan di Kolej Kediaman Kesebelas (sekarang dah tukar nama dah...). First time duk hostel...
Terlalu banyak kenangan di sini. Selepas setahun...sambung pulak di Institut Sains Matematik, Fakulti Sains UM jgk. Camane tak sayang UM kalo dah hampir 6 tahun saya "membesar" di sini (2001-2006).
Suka duka tawa nangis ria semua ada.
Ohhh...sangat2 rindu...






Saturday, 14 December 2013

Cabaran Berblog 30hari - Day 2

Meaning Behind Your Blog Name

"Cikgu Vitamin"... idea nama oleh my bff...wahahhahaha....punya la takde idea nak reka nama blog...
Semoga saya menjadi Cikgu Vitamin yang betul2 pakar dalam vitamin...kesihatan...
Inilah kali pertama saya berblog dalam hidup. Blog ni pun suami saya yang buatkan waktu saya dalam pantang.
Semoga pengisian blog saya ni dapat dikongsi bersama.


Cabaran Berblog 30Hari - Day 1

About Me

Ini bagi menyahut cabaran berblog selama 30hari oleh Mama Rin...patutnya dah Day5 tapi daku baru nak mula...huhuhuhu....
Untuk Day1...jom berkenalan dengan saya...ehehhee

Nama saya Waahida bt Zulkipli...anak pertama dari 6 adik beradik. Dilahirkan pada 5 Julai 1983 (udah 30tahun ye) di Besut, Trg. Dibesarkan dan bersekolah sehingga form 5 di Besut jugak...of cos I Love Besut ketat2. 
Belajar dalam bidang Matematik Komputeran dan Industri di Universiti Malaya (2002-2006)...
Pastu menjadi mengajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut selama setahun (2007) sebelum sambung KPLI-SR di IPPPP (skrg IPG Kampus Pulau Pinang).
Sebelum posting, 11.12.08 saya diijabkabulkan dengan insan tersayang Nazmi Syazwan b Zalkafeli.


Kami dikurniakan 3orang anak(2 lelaki 1 perempuan). Sekarang saya menetap di Selama, Perak.
Impian yang tak pernah padam agar saya dapat pulang menetap di kampung halaman Besut, Terengganu satu hari ini (Oh indahnya!!!)

Guru Matematik yang sangat garang (Aaaauuummmmm...) dan kini berbisnes sket2 pulak. Bermula Jun 2013 saya telah mendaftar sebagai Pengedar Shaklee. Alhamdulillah saya bertemu dengan famili Shaklee yang memang hebat. Banyak yang saya belajar daripada famili ni. Impian dan harapan ingin berjaya dalam bisnes Shaklee. Teruja lihat ramai yang dah berjaya. Boleh lerr kalo nak ikot saya berSHAKLEE...
 Okehhh.....itu saja yang nak dikongsikan....semoga ketemu lagi n tak boring baca blog saya ye...





Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...