Wednesday, 4 May 2016

Awas!! Bahaya Kurus Yang Anda Mungkin Tak Tahu





Selama ni kita manyangka obesiti atau masalah kegemukan tu sangat menakutkan...tersimpan banyak penyakit di dalamnya.

Tapi jangan tak tau....kurus juga boleh mengundang bahaya.
Bahaya kurus memang kita tak namapak.
Fizikalnya nampak cantik....terasa jeles pulak tengok orang yang selim melim ni kannnn....
Tak salah mengidam nak badan super model....

Tapi untuk mereka yang kurus....hati-hatilah!!
Terlalu selesa dengan bentuk badan sekarang sehinggakan hari-hari boleh makan fast food...hari-hari makan banyak...opsss

Jangan sangka orang kurus tiada lemak.
Lemak yang terlindung dan tak nampak tu lagi bahaya tau...
Pernah dengar tak "visceral fat"???
Saya pun baru tahu tentang visceral fat ni.





Visceral fat adalah lemak yang disimpan dalam rongga perut dan juga organ dalaman. Ia boleh membawa kepada penyakit merbahaya seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung, strok dan juga boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.

Kenapa bahaya?
Sebabnya visceral fat ni ditukar kepada kolesterol. Kolesterol ni tak boleh diserap dalam darah tetapi dibawa ke seluruh badan melalui saluran darah. Ada 2 jenis koles terol iaitu LDL(kolesterol jahat) dan HDL(kolesterol baik). Yang baik tu dapat melindungi kitadari penyakit jantung. Yang jahat tu sangat bahaya.
Nak senang paham...kalau kadar LDL tu lagi tinggi, lama kelamaan saluran darah tu jadi tersumbat. Bila dah tersumbat, aliran darah jadi terganggu dan membawa kepada banyak masalah kesihatan.

Jadi...berbalik kepada yang asal tadi, badan yang kurus jangan disangka sihat. Jalanilah pemeriksaan kesihatan di hospital.
Sebagai langkah pencegahan, jagalah pemakanan kita.
Jangan takut untuk DETOKS badan. Detoks bukan untuk kurus...tapi detoks untuk membuang toksin dalam badan.

JOM DETOKS!!!!







No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...