Tuesday, 14 November 2017

Kenapa Vivix Bahaya Untuk Anda?

Sana sini orang perkatakan tentang vivix shaklee.
Tapi tolong hati-hati ye.
Ada bahaya menanti pengguna-pengguna vivix!

resveratrol dalam vivix

Vivix dikatakan mempunyai resveratrol. Itulah bahayanya.

Apa itu resveratrol?
Resverarol adalah sejenis antioksidan yang boleh didapati daripada tumbuhan. Ia banyak terdapat dalam kulit angguur merah, blueberry dan mulberry.
Ia dikatakan menjadi pelindung kuat kepada gejala berkaitan penuaan dan kerosakan akibat radikal bebas.
Antara fungsi lainnya ialah:
  • Anti-cancer
  • Melindungi kerosakan pada bahagian otak
  • Melindungi jantung
  • Membantu mencegah obesiti
  • Membantu pesakit diabetes
Vivix Shaklee adalah berasaskan anggur muscadine iaitu salah satu buah-buahan semulajadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa.
Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Ia juga mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan kuasa anti oksidan yang sangat hebat.

Keberkesanan anggur muscadine ini terdapat dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan menngekalkan bioaktif polifenol.

Hasil kajian makmal menunjukkan Vivix Shaklee 10 x ganda melebihi RESVERATROL.
Inilah bahayanya!!
Vivix sangat membantu kesihatan. Bila dah cuba mengambil vivix, memang akan rasa perbezaannya sehinggakan terpaksa repeat order lagi.

Untuk oder vivix, boleh hubungi saya:
Waahida
013-6065090
https://www.facebook.com/wawa.waahida





Monday, 13 November 2017

Kenali Resveratrol dalam Vivix Shaklee

Sumber:  https://draxe.com/all-about-resveratrol/

Apa itu RESVERATROL?
Resveratrol ialah sejenis antioksidan bioflavonoid polifenol yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan tertentu dan terdapat dalam makanan atau minuman untuk menghentikan kesan penuaan.
Ia dipercayai menjadi salah satu polifenol yang paling kuat dan pelindung terkuat terhadap gejala yang berkaitan dengan penuaan dan kerosakan radikal bebas.

Kajian menunjukkan sumber-sumber resveratrol yang paling semulajadi termasuklah kulit anggur merah, koko mentah dan beri gelap (lingonberries, blueberries, mulberry dan bilberry)

Manfaat daripada Resveratrol
  1. Mempunyai Kesan Anti Penuaan dan Anti-Kanser
  • Resveratrol adalah antioksidan yang kuat yang meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan oleh tubuh setiap hari. Kerosakan radikal bebas dipercepatkan kerana tabiat gaya hidup yang buruk seperti merokok, makan makanan yang tidak sihat, dan sebagai tindak balas terhadap pencemaran alam sekitar dan toksik. Sekiranya dibiarkan, radikal bebas boleh merosakkan sel dan dianggap sebagai penyebab penyakit yang mengancam nyawa dan kematian awal. Mengambil makanan tinggi antioksidan dan fitonutrien telah terbukti memberikan faedah antioxidative, anticarcinogenic dan antitumor yang melindungi orang dewasa daripada penyakit yang berkaitan dengan usia.
  • Adalah dipercayai bahawa untuk melindungi aktiviti kanser, iamelibatkan pengurangan tahap tindak balas keradangan melalui perencatan sintesis dan pembebasan perantara pro-inflamasi. 
       2. Melindungi Kesihatan Kardiovaskular
  • Bersifat anti-radang, resveratrol telah terbukti memberi perlindungan terhadap aterosklerosis (penebalan arteri yang memotong aliran darah), LDL "kolesterol jahat", pembentukan gumpalan darah dan pelanggaran miokardium. 
  • Pengambila yang lebih banyak juga telah terbukti membantu meningkatkan peredaran dan mempunyai kesan yang baik terhadap metabolisme glukosa dan lipid.

       3. Membantu Melindungi Otak dan Kognitif / Kesihatan Mental
  • Resveratrol amat unik kerana antioksidannya dapat melepasi halangan otak darah untuk melindungi otak dan sistem saraf, tidak seperti antioksidan lain. Kajian terkini yang dilakukan oleh penyelidik di Pusat Penyelidikan Nutrisi di Northunbria University di U.K. menunjukkan bahawa resveratrol nyata meningkatkan aliran darah ke otak, menunjukkan manfaat yang besar kepada fungsi otak yang sihat dan kesan neuroprotective.
  • Ini bermakna pengambilannya yang lebih banyak boleh meningkatkan perlindungan terhadap masalah kognitif / mental, termasuk Alzheimer, demensia dan lain-lain. Hasil kajian lain, seperti hasil yang diterbitkan dalam Journal of Agricultural Food Chemistry, menunjukkan bahawa walaupun satu penyerapan resveratrol tunggal dapat menimbulkan kesan neuroprotective pada kerosakan neuron serebral (otak). Ini disebabkan peningkatan ketegangan radikal bebas dan ketinggian darah serebrum akibat kesan resveratrol.
Vivix Shaklee
Merupakan minuman botani yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, anggur muscadine, eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Campuran proprietari saintifik termaju berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Di Shaklee, keberkesanan anggur muscadine ini terdapat dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol. 

Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol berbanding resveratrol biasa.




       
Untuk oder vivix, boleh hubungi saya...SID shaklee yang sah.
Saya akan beri konsultasi yang baik.

Waahida
013-6065090
https://www.facebook.com/wawa.waahida

Tuesday, 7 November 2017

Bahaya Jaundis Yang Perlu Kita Tahu

bahaya kuning


Jaundis atau kita panggil jugak 'kuning'
Ramai ibu-ibu yang risau dan takut di awal kelahiran...
Kakak pun macam tu la jugak

Keempat-empat anak kakak semuanya kena jaundis
Risiko nak kena jaundis memang tinggi sebab kakak darah O+ve

Nak cerita sikit pasal baby keempat kakak ni
Walaupun semua anak kena jaundis...tapi pengalamannya tak sama

Anak keempat ni lahir pada 28 Januari 2017. Dah 9 bulan dah umurnya.
Bermula hari ke3 cek up di KK...repeat hari ke4...terus naik ambulance bwk ke hospital. Waktu ni bacaan kuningnya 13.7 mg/l atau 232.9 umol/l.
Mmg kena tahan wad la. Tapi sebenarnya dah ready dah...sebab dah ada pengalaman anak2 sebelum ni.

2 malam di hospital...kami boleh discaj....bacaan dah turun jadi 12.2 mg/l. 
Nampak mcm turun sikit je kan..tapi sbb umur baby dh 6hari, dh boleh kuar.
Tapi tetap kena ulang alik ke klinik untuk amik darah.

Esoknya bacaan naik pulak jadi 13.7mg/l.
Stress mak okeyyy....
Nak kena datang klinik lagi esok...
Kat bawah ni kakak tunjukkan bacaan kuning baby kakak ni ikut umurnya ya:

Hari ke3  - 9 mg/l
Hari ke4  - 13.7 mg/l
Hari ke5  - 13.1 mg/l
Hari ke6  - 12.2 mg/l
Hari ke7  - 13.7 mg/l
Hari ke8  - 12.5 mg/l
Hari ke10 - 13.6 mg/l
Hari ke12 - 11.8 mg/l
Hari ke15 - 11.4 mg/l
Hari ke22 - 5.4mg/l

Itulah deretan bacaan kuningnya.
Tapi masa hari ke12 tu...kakak tanya doktor...nak kena turun sampai berapa bacaan kuning tu?
Doktor cakap mesti 5 dan ke bawah...
Kalau umur baby dah 2minggu tapi masih lagi kuning....perlu ambik sampel darah dan urin test untuk cek takut ada masalah dalaman lain.
Ok...

So...kakak ballik umah google la pasal jaundis ni...
Memang betullah apa doc tu bgtau...
Bila hari ke15 tu...kuningnya tak turun lagi...terpaksa la ambik darah...

Lepas ambik darah...doctor bagi tempoh seminggu lagi untuk datang cek kuning.
Seminggu tu kakak doa banyak2 agar kuning baby turun jadi 5.

Alhamdulillah...akhirnya turun jugak kuning tu jadi 5.4 mg/l.
Doktor kata tak perlu datang dah..Yeyyyyyyy

Tapi....
Ceritanya tak brenti kat situ je.
Petang esoknya...dapat call dari klinik. Misi suruh datang klinik esoknya sbb result darah hari tu tak berapa cantik...
Takuutttt sangat masa tu.

Dengan berdebarnya...pergilah jugak klinik...
Doktor cakap darah takde masalah.
Cuma ada kuman dalam air kencing.
So...nak kena on antibiotik for 1 week...
Kakak tanya doktor...banyak ke kuman tu???
"Significant...sebab tu saya suruh awak datang dan memang kena ambik antibiotik"

So, kena on antibiotik lebih kurang seminggu camtu
Bayangkan baby belum umur sebulan lagi dah kena ambik antibiotik.

Alhamdulillah...check up seterusnya dah takde apa-apa dah
Syukur sangat

Bila difikir balik...banyak betul dugaan...
Allah mudahkan kakak bersalin...
Tapi Dia uji selepas tu....ujianNya kecik je kalau nak bandinhkan dengan orang lain

Kalau nak diikutkan...banyak petua-petua untuk hilangkan jaundis ni
TAPI satu je pesanan akak....nak cuba apa pun risiko tanggung sendiri
Cuma jangan la liat nak pegi klinik...Ikutlah saranan misi dan doktor

Sekian celoteh kakak
Kakak kongsi pengalaman je

Nak oder Shaklee boleh contact kakak ye
-Waahida-
013-6065090







Cara Luka Czer Cepat Baik

luka czer


Pengalaman bersalin setiap orang memang x sama kan...sama ada normal ataupun czer.
Alhamdulillah...Allah bagi kakak bersalin normal untuk semua 4 orang permata hati tu.

Bagi yang bersalin czer pulak...ada yang cakap tak sakit...
Ada yang cakap sakit sangat...Wallahualam

Bayangkan lapisan kulit perut yang tebal tu...nak bagi cantum balik dengan elok.
Kadang2 ada yang luka tu terbukak balik...ada yang berair....kes2 macam ni memang kena refer hospital semula ye...nanti doktor akan cek blk...
Adooiiii...seriau pulak kakak nak bayangkan.

Macam2 cara kakak pernah dengar cara orang nak jaga luka czer ni.
Ada yang cakap dia x mandi beberapa minggu sebab takut luka basah....ada jugak yang tampal plastik kt tempat luka...huhuhu

Kat sini kakak nak kongsi beberapa testimonial ibu2 yang guna cara yang sama untuk pastikan luka czer tu cepat baik.

luka czer

czer cepat baik

czer cepat baik

czer cepat baik


Memang ramai sebenarnya yang guna VIVIX ni.
Yang bersalin normal pun...kalo kena jahit memang sesuai sangat untuk bagi cepat sembuh.

So sapa2 yang nak bersalin atau tengah pantang sekarang ni boleh la ambil vivix ni ye...Standby siap2.
Nak order boleh contact kakak...
Tak salah kita sama2 kongsi benda yang baik.

Waahida
013-6065090
 -Pengedar Shaklee Selama/Batu Kurau/Kulim


Saturday, 17 September 2016

Soya Terbaik Di Pasaran Dunia: ESP Shaklee


ESP Shaklee sememangnya produk Shaklee yang berhantu....disukai ramai.
Tapi ada juga yang mengecam...kononnya bahaya kalau ambil soya ni...

Hah...dia tak tau soya camana yang bahaya tu.
ESP ni bukan calang2 soya ye....jauh sangat kalo nak bandingkan dengan air soya kat supermarket tu.

Jom baca apa kelebihan ESP Shaklee ni. Baca sampai habis baru buat konklusi...

Kajian Klinikal Saintis Dunia
ESP ni bukan main bancuh  gitu je. Tapi ada kajian yang dilakukan oleh saintis terkemuka.
Selepas kajian oleh Saintis Shaklee....diserahkan pulak pada saintis luar yang takde sangkut paut dengan Shaklee.


Satu-satunya Produk Yang Ada 9-Asid Amino Perlu
Protein yang sihat diperlukan oleh badan kita untuk membina sel yang sihat.
Kalau pembinaan sel tu tak sihat...macam penyakit akan dapat.

Terdapat 21 jenis asid amino dalam unsur protein.

  • 12 daripadanya ialah non-essential amino acid dan dihasilkan oleh badan kita
  • 9 daripadanya ialah essential amino acid yang hanya boleh didapati daripada makanan yang kita makan.
Hanya ESP keluaran Shaklee sahaja satu-satunya produk dunia yang dapat membekalkan kesemua 9 essential amino acid yang diperlukan oleh badan.



ESP Diproses Pada Suhu YAng Rendah
Kenapa pada suhu yang rendah??
Boleh ke??

Memang wajib guna suhu rendah dalam pemprosesan protein.
Sebabnya protein boleh musnah pada suhu yang tinggi.
Makanan yang kita makan pun sebenarnya kandungan proteinnya dah berkurang bila ia dimasak.

Tapi tidak pada ESP. Sebab ESP diproses pada suhu yang rendah untuk mengekalkan kandungan proteinnya.


Sumber Kacang Soya Non-GMO
Kalau tengok kat FB orang dah sibuk viral tentang french fries daripada kentang GMO...dan macam2 makanan lagi lah.
Ramai pulak yang tak tau pasal GMO ni.

Apa dia GMO ni?
GMO ialah "genetically modified organism" ataupun ubahsuai melalui genetik.
Maknanya bukan asli la. Contohnya nak bagi mudah paham...buah tu dikacuk untuk dapat rasa lebih sedap.
Banyak sebenanrnya buah-buahan yang mengalami GMO ni. Begitu jugak dengan soya.
Sebab tu ramai yang cakap minum soya ni tak elok.

Tapi TIDAK pada ESP Shaklee.
Soyanya Non-GMO.
Setiap 1 tin ESP tu dihasilkan daripada 30kg kacang soya Non-GMO.


Kandungan Glycemic Index (GI) Rendah
GI rendah bermaksud ianya ditukar kepada gula secara perlahan2, bukan sekaligus.

Kebanyakan makanan yang kita makan, ditukar kepada gula sekaligus.
Maknanya semuanya ditukar kepada tenaga sekaligus. Sebab tu kita akan cepat lapar.
Makanan yang macam ni dikelaskan sebagai GI tinggi dan sangatlah tidak sesuai untuk pengidap kencing manis.

Berbanding dengan ESP yang low GI.


Tiada Kolesterol, Tiada Asid Urik dan Sangat Mudah Diserap Oleh Badan
  • ESP tiada kolesterol sebab dihasilkan daripada tanaman.
  • ESP juga takde asid urik sebab asid urik ni datangnya dari badan kita
  • ESp adalah produk semulajadi...jadinya cepat dan mudah diserap oleh badan kita.

Jadi, jadilah pengguna yang bijak.
Bijak memilih...bijak mengkaji...sebelum bijak bercakap...HIHIHI
Pilihlah Soya dari Shaklee....Soya terbaik di pasaran Dunia.

Jom hubungi saya untuk dapatkan ESP sekarang.

Waahida bt Zulkipli (971611)
COD : Selama, Perak dan Kedah.
Pos laju : Seluruh Dunia








Monday, 12 September 2016

Nak Beli Supplement Tambahan?? Pastikan Ianya Selamat Dan Diuji Saintis Terkemuka.


Jom tengok dulu keratan akhbar di bawah ni.




Bila baca keratan akhbar ni...rasa loya2 pulak tekak.
Berani beli supplement atau kosmetik sesuka hati je??
Saya tak tau u ols camana....tapi saya tak berani. 

Mungkin setiap orang ada pengalaman sendiri....saya pun ada. Sebelum ni sangat teruja tengok iklan kosmetik kat tv. Bila dah pakai dalam tempoh yang agak lama....kulit muka memang jadi elok. Tapi bila stop....akan jadi teruk.

Sehinggalah saya bertemu dengan Shaklee. Tak sangka dah 3 tahun menjadi pengguna Shaklee. Alhamdulillah Shaklee memang terbukti selamat.

Apa Perlu Buat Sebelum Beli Sesuatu Produk

1. Halal
  • Shaklee mempunyai sijil halal ye.



2. Keluaran syarikat yang tahan lama
  • Kaji tentang syarikat pengeluaran sesuatu produk yang ingin dibeli.
  • Adakah ianya kukuh?
  • Berapa lama ia wujud?
3. Kajian yang banyak dan terbukti
  • Perlu ambil tahu tentang kajian yang telah dibuat terhadap produk tersebut.
  • Produk Shaklee sendiri sebenarnya telah melalui lebih 100 000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
  • Lebih $250 juta telah dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan Shaklee.
  • Setiap bahan baharu Shaklee juga diuji untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
4. Mempunyai label dan info produk yang lengkap
  • Ini sangat penting untuk mengetahui kandungan bahan yang terdapat dalam sesuatu produk sama ada suplement kesihatan atau produk kecantikan.
  • Produk Shaklee sememangnya mempunyai label dan info produk yang lengkap. 
5. Berkesan dan berkualiti
  • Inilah yang kita harapkan apabila mebeli dan menggunakan sesuatu produk. Tetapi setakat mana keberkesanan dan kualitinya kita tak tahu.
  • Shaklee mempunyai keunikan tersendiri.
  • Mempunyai 3 jaminan : sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

6. Semulajadi
  • Shaklee sememangnya semulajadi.
  • Di dalam produk Shaklee TIADA:
TIADA Bahan Tiruan
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans
TIADA Bahan Kimia
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida

Selain itu boleh baca checklist nak pilih vitamin yang bagus di bawah ni.


Apa Itu Landmark Study?

Kajian yang dibuat untuk mengkaji keberkesanan atau manfaat dan juga risiko pengambilan pelbagai supplimen dalam tempoh waktu yang panjang.

Landmark study adalah kajian menyeluruh terhadap penggunaan beberapa jenis supplement yang berbeza. Kajian ini penting kerana supplemen bukanlah ubat dan kesannya tidak secepat ubat.

Shaklee Landmark Study telah dijalankan selama 3 tahun iaitu dari tahun 2004 hingga 2007.
Ia melibatkan 3 kumpulan sasar iaitu:
  1. Pengguna Shaklee yang telah mengambil Shaklee selama 20 tahun.
  2. Pengguna selain Shaklee.
  3. Mereka yang tidak mengambil sebarang supplemen.

Keputusannya menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang menggunakan vitamin lain dan juga langsung tidak mengambil vitamin.

Lihat keputusan Shaklee Landmark Study di bawah.






Pengguna Shaklee ditunjukkan dengan label berwarna hijau. Risiko penyakit kronik sangatlah rendah bagi mengamal Shaklee.

Boleh baca tentang landmark study di sini.

So sekarang macamana?
Masih keliru nak pilih suplemen mana?
Atau dah yakin Shaklee palingTERBAIK....

Shaklee memang TERBAIK.
Pilihlah dengan bijak.
Jom hubungi saya sekarang untuk dapatkan supplemen Shaklee anda.
Saya akan guide caranya.

Waahida Zulkipli (971611)
013-6065090
COD : Selama, Perak dan Kedah
POS LAJU : Seluruh dunia







Friday, 9 September 2016

Tips Haid Kembali Lancar, Bantu Atasi Masalah Kesuburan

Masalah haid tidak teratur jangan dibiarkan. Waktu remaja kesannya mungkin biasa2 je....tapi bila dah berumahtangga masalah lain mungkin akan menyusul.
cara atasi haid tidak teratur
Masalah haid tidak teratur tidak boleh diambil mudah. Ia mungkin menyukarkan pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.
Selain itu, emosi juga akan terganggu, cepat letih dan mudah marah. So, jangan ambik mudah ye.

Untuk mengira kitaran haid...boleh klik di sini.

Jom tengok video ni...



Punca Haid Tidak Teratur
  • Masalah obesiti atau pertambahan berat badan yang mendadak.
  • Penurunan berat badan yang banyak-aktiviti fizikal atau senaman yang melampau.
  • Pengambilan pil perancang dalam tempoh yang terlalu lama.
  • Fibroid rahim yang menyebabkan pendarahan yang banyak dan tempoh haid yang terlalu lama.
  • Mengalami penyakit kronik seperti kanser.
  • Tekanan emosi disebabkan oleh masalah kerja atau peribadi.
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah reproduksi yang terjadi daripada ketidakseimbangan hormon. Ia mengganggu sistem peranakan wanita.
Tips Mengatasi Masalah Haid Tidak Lancar
  • Amalkan pemakan yang seimbang dan cara hidup yang sihat.
  • Elakkan penambahan dan penurunan berat badan yang mendadak.
  • Elakkan stress.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami haid tidak teratur yang agak lama.
Selain itu, disarankan untuk mencuba Vivix, GLA Complex dan Vitamin B-complex daripada Shaklee.
InsyaAllah...ia dapat membuatkan haid kembali lancar sekaligus membantu atasi masalah kesuburan.

atasi masalah kesuburan
Saya kongsikan beberapa testimoni pengguna vivix yang berjaya atasi maslaah kesuburan dengan Shaklee.

atasi masalah kesuburan

atasi masalah kesuburan

atasi masalah kesuburan
Jangan biarkan masalah haid tidak teratur ini berpanjangan. Kesannya tidak elok lebih2 lagi untuk wanita yang sudah berkahwin.
Ikhtiarlah.

Jika berminat untuk dapatkan Supplement Kesuburan daripada Shaklee ni, boleh hubungi saya. Saya akan guide cara pengambilannya.

Waahida Zulkipli
Whatsapp/ Call: 013-6065090
COD: Selama, Perak dan Kedah
Poslaju : Seluruh benua.












Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...