Tuesday 7 November 2017

Bahaya Jaundis Yang Perlu Kita Tahu

bahaya kuning


Jaundis atau kita panggil jugak 'kuning'
Ramai ibu-ibu yang risau dan takut di awal kelahiran...
Kakak pun macam tu la jugak

Keempat-empat anak kakak semuanya kena jaundis
Risiko nak kena jaundis memang tinggi sebab kakak darah O+ve

Nak cerita sikit pasal baby keempat kakak ni
Walaupun semua anak kena jaundis...tapi pengalamannya tak sama

Anak keempat ni lahir pada 28 Januari 2017. Dah 9 bulan dah umurnya.
Bermula hari ke3 cek up di KK...repeat hari ke4...terus naik ambulance bwk ke hospital. Waktu ni bacaan kuningnya 13.7 mg/l atau 232.9 umol/l.
Mmg kena tahan wad la. Tapi sebenarnya dah ready dah...sebab dah ada pengalaman anak2 sebelum ni.

2 malam di hospital...kami boleh discaj....bacaan dah turun jadi 12.2 mg/l. 
Nampak mcm turun sikit je kan..tapi sbb umur baby dh 6hari, dh boleh kuar.
Tapi tetap kena ulang alik ke klinik untuk amik darah.

Esoknya bacaan naik pulak jadi 13.7mg/l.
Stress mak okeyyy....
Nak kena datang klinik lagi esok...
Kat bawah ni kakak tunjukkan bacaan kuning baby kakak ni ikut umurnya ya:

Hari ke3  - 9 mg/l
Hari ke4  - 13.7 mg/l
Hari ke5  - 13.1 mg/l
Hari ke6  - 12.2 mg/l
Hari ke7  - 13.7 mg/l
Hari ke8  - 12.5 mg/l
Hari ke10 - 13.6 mg/l
Hari ke12 - 11.8 mg/l
Hari ke15 - 11.4 mg/l
Hari ke22 - 5.4mg/l

Itulah deretan bacaan kuningnya.
Tapi masa hari ke12 tu...kakak tanya doktor...nak kena turun sampai berapa bacaan kuning tu?
Doktor cakap mesti 5 dan ke bawah...
Kalau umur baby dah 2minggu tapi masih lagi kuning....perlu ambik sampel darah dan urin test untuk cek takut ada masalah dalaman lain.
Ok...

So...kakak ballik umah google la pasal jaundis ni...
Memang betullah apa doc tu bgtau...
Bila hari ke15 tu...kuningnya tak turun lagi...terpaksa la ambik darah...

Lepas ambik darah...doctor bagi tempoh seminggu lagi untuk datang cek kuning.
Seminggu tu kakak doa banyak2 agar kuning baby turun jadi 5.

Alhamdulillah...akhirnya turun jugak kuning tu jadi 5.4 mg/l.
Doktor kata tak perlu datang dah..Yeyyyyyyy

Tapi....
Ceritanya tak brenti kat situ je.
Petang esoknya...dapat call dari klinik. Misi suruh datang klinik esoknya sbb result darah hari tu tak berapa cantik...
Takuutttt sangat masa tu.

Dengan berdebarnya...pergilah jugak klinik...
Doktor cakap darah takde masalah.
Cuma ada kuman dalam air kencing.
So...nak kena on antibiotik for 1 week...
Kakak tanya doktor...banyak ke kuman tu???
"Significant...sebab tu saya suruh awak datang dan memang kena ambik antibiotik"

So, kena on antibiotik lebih kurang seminggu camtu
Bayangkan baby belum umur sebulan lagi dah kena ambik antibiotik.

Alhamdulillah...check up seterusnya dah takde apa-apa dah
Syukur sangat

Bila difikir balik...banyak betul dugaan...
Allah mudahkan kakak bersalin...
Tapi Dia uji selepas tu....ujianNya kecik je kalau nak bandinhkan dengan orang lain

Kalau nak diikutkan...banyak petua-petua untuk hilangkan jaundis ni
TAPI satu je pesanan akak....nak cuba apa pun risiko tanggung sendiri
Cuma jangan la liat nak pegi klinik...Ikutlah saranan misi dan doktor

Sekian celoteh kakak
Kakak kongsi pengalaman je

Nak oder Shaklee boleh contact kakak ye
-Waahida-
013-6065090







No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...