Tuesday 8 September 2015

Fadilat dan Keagungan Kalimah Tasbih Subhanallah




"Subahanallah"
Maksudnya: Maha Suci Allah
Zikir ini membawa maksud menyucikan Allah dari segala sifat kekurangan dan dari segala sifat makhluk. Kalimah ini mengandungi satu pengakuan bahawa Allah adalah zat yang Maha Sempurna jauh dan bersih dari sifat kekurangan.

Antara fadilat yang terkandung dalam kalimah tasbih ini ialah:

 #1. Ucapan yang paling disukai Allah


#2. Menghapuskan dosa-dosa kecil

Sebagaimana tersebut di dalam hadia : "Sabda Rasulullah SAW: ' Barang siapa membaca subhanallah dalam sehari 100 kali, maka dilenyapkan dosa-dosanya walau dosa itu sebanyak buih di lautan'"  (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

#3. Memberatkan neraca timbangan
Nabi  SAW bersabda: "Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas timbangan dan disukai oleh Allah yang Maha Pengasih ialah 
Maksudnya : Maha Suci Allah dan bagiNya segala pujian
                      Maha Suci Allah Yang Maha Agung"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

#4. Mendapat Kenikmatan Syurga

Sebagaimana yang disebut di dalam hadis: " Barang siapa yang membaca:

maka ditanamkan untuknya dari bacaan itu serumpun kurma di syurga" 
(Riwayat At-Tirmidzi, Al-Hakim)

#5. Melancarkan pintu rezekinya

Sebagaimana disebut di dalam sebuah hadis: "Sabda Rasulullah SAW: 'Tasbih itu dapat menarik rezeki' "
(Kitab Lubaabul Hadith)

#6. Menghilangkan rasa kecewa

Dari Ka'ab bin Ujrah r.a., daripada Rasulullah SAW: ' Doa yang selalu dibaca setelah solah yang tidak akan kecewa orang yang membacanya adalah setiap selesai solat fardu, iaitu 33 kali bertasbih, 33 kali bertahmid serta 34 kali bertakbir'".
(Riwayat Muslim)

#7. Mendapat pahala sedekah

Dari Abu Zar al-Ghifari r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: ' Setiap pagi, kesemua bahagian anggota kamu mengeluarkan sedekah, maka setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu sedekah, setiap bacaan tahlil itu juga sedekah, setiap bacaan takbir itu sedekah, menganjurkan kebaikan itu juga adalah sedekah. Dan memadai dari semua itu dari dua rakaat solat Dhuna'.
(Riwayat Muslim)

Ringan-ringankanlah mulut kita untuk mengucapkannya. Sia-sialah masa dan waktu kita tanpa membacanya. Fadilat dan keagungan kalimah tasbih akan diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sepanjang hayat.

Ringkas sahaja bacaannya tetapi pahalanya sangat besar dan kita akan memperoleh fadilatnya jika mengamalkannya sepanjang hayat.

(Sumber : Anis bil.210)






No comments:

Post a Comment

TQ FOR UR COMMENTS... :-)

Cara Berkesan Meningkatkan Bilangan Sperma Yang Suami Perlu Tahu

Suami isteri yang berkahwin pasti impikan zuriat sendiri. Apabila sudah lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan anak, pasangan dinasih...